From Wikipedia, the free encyclopedia
Gendarmerie Nasional (Perancis: Gendarmerie nationale [ʒɑ̃daʁməʁi nasjɔnal]) adalah salah satu dari dua pasukan polis kebangsaan Perancis, bersama dengan Polis Kebangsaan. Ia adalah cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Perancis yang berada dibawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri—dengan tugas tambahan kepada Kementerian Pertahanan. Kawasan tanggungjawabnya meliputi bandar-bandar kecil, kawasan luar bandar dan pinggir bandar, manakala Police Nationale —sebuah pasukan awam—bertanggungjawab terhadap bandaraya dan pusat bandar. Disebabkan status ketenteraannya, Gendarmerie juga memenuhi pelbagai misi ketenteraan dan pertahanan. Gendarmes juga mempunyai bahagian jenayah siber. Ia mempunyai kekuatan lebih daripada 100,000 anggota pada tahun 2014.[1]
Gendarmerie Nasional | |
---|---|
Gendarmerie nationale | |
Aktif | 1791–kini |
Negara | Perancis |
Jenis | Gendarmerie (Provos tentera), Agensi kerajaan |
Peranan | Penguatkuasaan undang-undang |
Saiz | s. 100,000 anggota (2014)[1] 25,000 simpanan |
Sebahagian daripada | Angkatan Tentera Perancis |
Pangkalan | Paris |
Moto | Une force humaine (A humane force) |
Other informations | Bajet tahunan: €7.7 bilion Luas kawasan: 674,843 km² Penduduk: 67 juta |
Laman web | https://www.defense.gouv.fr/gendarmerie |
Komander | |
Directeur-Général | Général d'Armée Richard Lizurey |
Gendarmerie adalah pewaris kepada Maréchaussée (Marshalcy—lihat bawah), iaitu pasukan police paling lama di Perancis, sejak Zaman Pertengahan. Ia telah mempengaruhi budaya dan tradisi pasukan gendarmerie di seluruh dunia—dan terutamanya di bekas empayar kolonial Perancis.
Am:
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.