rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Berikut ialah senarai senarai gempa bumi, gempa bumi terbesar mengikut magnitud dan kematian.
Senarai di bawah adalah semua gempa bumi yang diketahui atau dianggarkan berskala magnitud momen atau skala magnitud Richter 8.5 ke atas.
Senarai ini memberati zaman terkini disebabkan perkembangan dan penggunaan seismometer secara berleluasa. Lagipun, rekod-rekod yang cukup terperinci untuk membuat anggaran magnitud tidak digunakan secara meluas sebelum tahun 1900.[2]
Tarikh | Lokasi | Nama | Magnitud |
---|---|---|---|
Mei 22, 1960 | Valdivia, Chile | Gempa bumi Valdivia 1960 | 9.5 |
Mac 27, 1964 | Prince William Sound, Alaska, AS | Gempa bumi Alaska 1964 | 9.2 |
Disember 26, 2004 | Lautan Hindi, Sumatra, Indonesia | Gempa bumi Lautan Hindi 2004 | 9.1–9.3 |
November 4, 1952 | Kamchatka, KRSS | Gempa bumi Kamchatka 1952 | 9.0[3] |
Mac 11, 2011 | Lautan Pasifik, kawasan Tōhoku, Jepun | Gempa bumi Tōhoku 2011 | 9.0[4][5][6] |
November 25, 1833 | Sumatera, Indonesia | Gempa bumi Sumatera 1833 | 8.8–9.2 (ang.) |
Januari 31, 1906 | Ecuador – Colombia | Gempa bumi Ecuador-Colombia 1906 | 8.8 |
Februari 27, 2010 | Maule, Chile | Gempa bumi Chile 2010 | 8.8 |
Januari 26, 1700 | Lautan Pasifik, AS dan Kanada | Gempa bumi Cascadia 1700 | 8.7–9.2 (ang.)[7] |
Julai 8, 1730 | Valparaiso, Chile | Gempa bumi Valparaiso 1730 | 8.7–9.0 (ang.)[8] |
November 1, 1755 | Lautan Atlantik, Lisbon, Portugal | Gempa bumi Lisbon 1755 | 8.7 (ang.)[9] |
Februari 4, 1965 | Kepulauan Rat, Alaska, USA | Gempa bumi Kepulauan Rat 1965 | 8.7 |
Julai 9, 869 | Lautan Pasifik, kawasan Tōhoku, Jepun | Gempa bumi Sanriku 869 | 8.6 (ang.) |
September 20, 1498 | Lautan Pasifik, Jurang Nankai, Jepun | Gempa bumi Meiō Nankaidō 1498 | 8.6 (ang.) |
Oktober 28, 1707 | Lautan Pasifik, kawasan Shikoku, Jepun | Gempa bumi Hōei 1707 | 8.6 (ang.) |
Ogos 15, 1950 | Assam, India – Tibet, China | Gempa bumi Assam-Tibet 1950 | 8.6 |
Mac 9, 1957 | Kepulauan Andreanof, Alaska, Amerika Syarikat | Gempa bumi Kepulauan Andreanof Islands 1957 | 8.6 |
Mac 28, 2005 | Sumatera, Indonesia | gempa bumi Sumatera 2005 | 8.6 |
Ogos 13, 1868 | Arica, Chile (ketika itu Peru) | Gempa bumi Arica 1868 | 8.5–9.0 (ang.)[10] |
Disember 16, 1575 | Valdivia, Chile | Gempa bumi Valdivia 1575 | 8.5 (ang.) |
Oktober 20, 1687 | Lima, Peru | Gempa bumi Peru 1687 | 8.5 (ang.) |
Mei 24, 1751 | Concepción, Chile | Gempa bumi Concepción 1751 | 8.5 (ang.) |
November 11, 1922 | Kawasan Atacama, Chile | Gempa bumi Vallenar 1922 | 8.5[11] |
Februari 3, 1923 | Kamchatka, Rusia (KRSS) | Gempa bumi Kamchatka 1923 | 8.5[12] |
Februari 1, 1938 | Laut Banda, Indonesia (Hindia Timur Belanda) | Gempa bumi Laut Banda Sea 1938 | 8.5 |
Oktober 13, 1963 | Kepulauan Kuril, Rusia (KRSS) | Gempa bumi Kepulauan Kuril 1963 | 8.5[12] |
September 12, 2007 | Sumatera, Indonesia | gempa bumi Sumatera 2007 | 8.5 |
# | Nama | Tarikh | Lokasi | Kematian | Magnitud | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | "Shaanxi" | Januari 23, 1556 | Shaanxi, China | 820,000–830,000 (ang.)[14] | 8.0 (ang.) | Anggaran jumlah kematian di Shaanxi, China. |
2 | "Tangshan" | Julai 28, 1976 | Tangshan, China | 242,419–655,000 | 7.5–7.8 | |
3 | "Haiti" | Januari 12, 2010 | Haiti | 316,000 (sumber Haiti) 50,000–92,000 (sumber bukan Haiti) | 7.0 | Anggaran Jun 2010.[15] |
4 | "Antioch" | Mei 21, 526 | Antioch, Turki (ketika itu Empayar Byzantium) | 250,000[16] | 7.0 (ang.)[17] | Procopius (II.14.6), sumber berdasarkan Yohanes dari Ephesus. |
5 | "Gansu" | Disember 16, 1920 | Ningxia–Gansu, China | 235,502[18] | 7.8 | Rekahan besar, tanah runtuh. |
6 | "Lautan Hindi" | Disember 26, 2004 | Lautan Hindi, Sumatera, Indonesia | 230,210+[19][20] | 9.1–9.3 | Kematian akibat gempa bumi dan tsunami. |
7 | "Aleppo" | Oktober 11, 1138 | Aleppo, Syria | 230,000 | Tidak diketahui | Jumlah kematian 230,000 berasaskan gabungan dengan gempa bumi pada November 1137 di dataran Jazira dan gempa bumi besar 30 September 1139 di Ganja, Azerbaijan. Sebutan pertama jumlah kematian 230,000 orang adalah oleh Ibn Taghribirdi pada abad ke-15.[21] |
8 | "Damghan" | Disember 22, 856 | Damghan, Iran | 200,000 (ang.) | 7.9 (ang.) | |
9 | "Ardabil" | Mac 22, 893 | Ardabil, Iran | 150,000 (ang.) | Tidak diketahui | Laporan mungkin berkenaan dengan gempa bumi Dvin 893, disebabkan salah baca nama Dvin dalam bahasa Arab, 'Dabil' sebagai 'Ardabil'.[22] Ini dianggap sebagai 'gempa palsu'.[23] |
10 | "Kantō" | September 1, 1923 | Kawasan Kantō, Jepun | 142,800[24] | 7.9 | Sebuah gempa bumi yang melanda dataran Kantō di pulau besar Honshū pada jam 11:58 pagi 1 September 1923. Pusat gempa terletak di bawah sekali Pulau Izu Ōshima di Teluk Sagami. Ia membinasakan Tokyo, Yokohama, wilayah-wilayah Chiba, Kanagawa, dan Shizuoka, dan menyebabkan kemusnahan besar di seluruh rantau Kantō.[25] Kekuatan dan keamatan gempa bumi senang dianggar kurang, tetapi gempa 1923 ini mampu mengalihkan patung Buddha Besar seberat 93 tan di Kamakura. Patung itu tergelincir ke depan sebanyak hampir 2 kaki.[26] Dianggarkan seramai 100,000 hingga 142,800 orang maut. |
11 | "Messina" | Disember 28, 1908 | Messina, Itali | 123,000[27] | 7.1 | Pada 28 Disember 1908, sekitar 5:20 hingga 5:21 am, sebuah gempa bumi bermagnitud momen 7.1 berlaku dari pusatnya di Messina, sebuah bandar di Sicily. Reggio Calabria di tanah besar Itali turut mengalami kerosakan besar. Bumi bergegar selama 30 hingga 40 saat, dan kemusnahan itu terasa dalam lingkungan 300 km. Seketika selepas gempa, sebuah ombak tsunami 40 kaki (12 m) melanda pantai-pantai berdekatan untuk memburukkan lagi kebinasaan. 93% binaan di Messina diranapkan dan 70,000 orang penduduk terkorban. Para penyelamat mencari dalam runtuhan selama berminggu-minggu, dan masih dapat menyelamatkan ramai keluarga selepas berhari-hari, tetapi ribuan lagi yang kekal tertimbun. Bangunan-bangunan di kawasan itu tidak dibina untuk ketahanan gempa kerana bumbung yang berat dan asas yang rentan. |
12 | "Ashgabat" | Oktober 6, 1948 | Ashgabat, Turkmenistan | 110,000 | 7.3 | |
13 | "Genroku" | Disember 31, 1703 | Edo, Jepun | 108,800 | Tidak diketahui | Gempa bumi ini menggegarkan Edo dan membunuh sekitar 2,300 orang. Gempa ini disangka sebagai gempa antara plat yang kawasan fokusnya menjangkau dari Teluk Sagami ke hujung Semenanjung Bōsō dan juga kawasan di sekitar Jurang Sagami di laut di tenggara semenanjung Boso. Gempa ini juga menimbulkan tsunami yang melanda kawasan pantai Semenanjung Boso dan Teluk Sagami. Kolam Habu di Izu Ōshima runtuh lalu mengalir ke dalam laut. Tsunami ini dilaporkan tsunami menyebabkan lebih 100,000 kematian. |
14 | "Lisbon" | November 1, 1755 | Lisbon, Portugal | 10,000–100,000 | 8.5–9.0 (ang.) | Termasuk ribuan maut di Maghribi dan Sepanyol |
# | Nama | Magnitud | Kerugian |
---|---|---|---|
1 | Gempa bumi Tōhoku 2011, Jepun | 9.0[28] | $122 bilion[29] |
2 | Gempa bumi besar Hanshin 1995, Jepun | 6.9 | $100 bilion |
3 | Gempa bumi Sichuan 2008, China | 8.0 | $75 bilion[30] |
4 | Gempa bumi Chile 2010, Chile | 8.8 | $15–30 bilion[31] |
5 | Gempa bumi Northridge 1994, Amerika Syarikat | 6.7 | $20 bilion |
6 | Gempa bumi Christchurch 2011, New Zealand | 6.3[32] | $12 bilion |
7 | Gempa bumi Loma Prieta 1989, Amerika Syarikat | 6.9[33] | $11 bilion |
8 | Gempa bumi '921', Taiwan | 7.6 | $10 bilion |
9 | Gempa bumi San Francisco 1906, Amerika Syarikat | 7.9[34] | $9.5 bilion |
10 | Gempa bumi Valdivia 1960, Chile | 9.5[35] | $2.9–5.8 bilion |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.