Gempa bumi Turki 2010
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gempa bumi Turki 2010 ialah gempa bumi 6.1 Mw yang berlaku pada 8 Mac 2010 jam 02:32 UTC (04:32 waktu tempatan).[2][3][4][1] Pusat gempa ini terletak di Başyurt di wilayah Elâzığ, di barat Turki. Laporan awal media menyatakan seramai 57 orang terbunuh.[4] Namun dua hari kemudian angka disemak semula menjadi 42.[5] [6] 74 lagi cedera, termasuk kerana jatuh atau melompat dari bangunan.[7][8]
Fakta Segera Tarikh, Magnitud ...
Tarikh | 8 Mac 2010 (2010-03-08) |
---|---|
Magnitud | 6.1 Mw[1] |
Kedalaman | 5.0 kilometer (3.1 bt)[2][3] |
Koordinat | 38.807°N 40.100°E / 38.807; 40.100[2] |
Kawasan terjejas | Turki |
Korban | 42 maut |
Tutup
Gempa bumi ini berlaku antara plat Anatolia dan Plat Arab. Kerosakan teruk berlaku di tiga desa: Okçular, Yukari Kanatlı dan Kayalı. Pusat Seismologi Kandilli melaporkan 100 gempa susulan turut berlaku pada kekuatan 5.5 pada 07:47:40 UTC. Kawasan itu terletak 550 kilometer di timur Ankara.