![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Peru_Quake_Aug_15-2007.jpg/640px-Peru_Quake_Aug_15-2007.jpg&w=640&q=50)
Gempa bumi Peru 2007
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gempa bumi di Peru 2007 terjadi pada hari Rabu, 15 Ogos 2007 pada kadar 8.00 skala Richter di Pisco, Ica, Chinca Alta di Wilayah Ica, San Vicente de San Cañete di Wilayah Lima , negara Peru. Negara ini terletak di benua Amerika Latin.
![]() Map of the Peru coastline, showing location and strength of quake. Star marks epicenter. | |
Tarikh | August 15 2007 |
---|---|
Magnitud | 8.0 Mw |
Kedalaman | 30.2 kilometer (19 bt) |
Kawasan terjejas | ![]() |
Korban | at least 510 dead, 1,610 injured [2] |
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5b/2007_Peru_earthquake.jpg/320px-2007_Peru_earthquake.jpg)
Gempa bumi ini adalah gempa bumi terkuat sejak 100 tahun lalu di Peru . Puluhan gempa bumi susulan masih berlaku di Peru.
Banyak bangunan ranap , dinding pecah dan tingkap rosak serta bumbung runtuh di beberapa buah bandar termasuk di Pucallpa, Iquitos, Contamana dan Trujillo . Sehingga 17 Ogos 2007, seramai 510 maut dan 1610 cedera apabila beberapa bahagian bangunan menimpa mereka dalam kejadian mengejut itu. 85,000 rumah ranap terutama di Pisco , 260 km dari ibu negara Lima, Peru. 80 % bangunan di Pisco musnah sama sekali.
Picso terkenal dengan pusat pengeluaran arak. Bekalan elektrik dan talian telefon terputus hingga seluruh penduduk tidak ketahuan, panik.
Pusat gempa bumi itu terletak di timur laut Chinca Altas, kira-kira 113 km , berlaku pada 19.02 waktu tempatan Peru.
Presiden Peru, Alan Garcia segera mengumumkan perintah darurat di kawasan tersebut bagi memudahkan misi menyelamat. Bendera Peru dikibarkan separuh tiang sebagai tanda simpati. Pada 19 Ogos 2007 Presiden Colombia, Alvaro Uribe melawat Ica yang berdekatan dengan Colombia , bagi meninjau keseriusan dan jenis bantuan dan dapat dihulurkan oleh negara Colombia, jiran terdekat Peru.
Gempa bumi pada 7.9 skala richter itu turut menyebabkan sebuah gereja runtuh di bandar Ica, selatan Lima, menyebabkan 17 orang yang berada di dalamnya terbunuh dan 70 cedera.
Menteri Kesihatan Peru, Carlos Vallejos menggesa rakyat Peru menderma darah dengan segera bagi membantu mangsa yang cedera.