Gempa bumi Ecuador 2016
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pada tanggal 17 April 2016, gempa bumi sekuat 7.8 skala Richter menggoncang Ecuador pada pukul 18:58 ECT. Pusat gempa berada di 27 kilometer selatan bandar Muisne di Provinsi Esmeraldas dan 170 kilometer barat laut Quito, ibukota negara.[1] Gempa ini turut dirasakan di negara jiran seperti Colombia dan Peru. Amaran akan terjadinya tsunami sempat dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik untuk negara Colombia, Costa Rica, Ecuador, Panama, dan Peru.[2][3] Namun tsunami besar tidak berlaku.
Laporan menyebut sekurang-kurangnya 272 orang mati akibat gempa.[4] Bangunan di daerah terdampak gempa dilaporkan rosak teruk.[5][6] Sepanjang sejarah Ecuador, gempa bumi ini merupakan yang terbesar selepas gempa bumi Tumaco 1979[6] dan yang paling mematikan selepas gempa sekuat 7.1 SR pada tahun 1987.[7]