Gemma Chan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nama Bahasa CinaTulisan Cina Tradisional陳靜code: zh is deprecated Tulisan Cina Ringkas陈静code: zh is deprecated
Transkripsi | |
---|---|
Bahasa Mandarin Baku | |
Hanyu Pinyin | Chén Jìng |
Bahasa Yue: Bahasa Kantonis | |
Perumian Yale | Chàhn Jihng |
Gemma Chan | |
---|---|
Kelahiran | (1982-11-29) 29 November 1982 (umur 41) London, England |
Pendidikan |
|
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 2006–kini |
Gemma Chan (lahir 29 November 1982)[1] ialah seorang pelakon wanita England. Beliau terkenal dengan watak Astrid dalam filem 2018 Crazy Rich Asians, di mana beliau menerima pengiktirafan meluas, dan sebagai Anita/Mia dalam drama televisyen Humans. Dilahirkan di London dan dibesarkan di Kent, Chan menghadiri Newstead Wood School for Girls dan mempelajari undang-undang di Kolej Worcester, Oxford. Beliau menerima jawatan di sebuah firma perundangan selepas tamat belajar, namun memilih untuk menceburi bidang lakonan sebaliknya, mendalami ilmu lakonan di Drama Centre London. Beliau mempunyai watak pembantu dalam siri televisyen: Doctor Who khas "The Waters of Mars", Secret Diary of a Call Girl (2011), Fresh Meat (2011) dan Bedlam (2011). Chan terus meraih pengiktirafan untuk watak-wataknya dalam filem berprofil tinggi termasuk Jack Ryan: Shadow Recruit (2014), Fantastic Beasts and Where to Find Them (2016), dan Transformers: The Last Knight (2017). Beliau juga memegang watak utama Anita/Mia dalam drama cereka sains AMC/Channel 4 Humans dari 2015 hingga 2018. Pada tahun 2018, Chan menerima pengiktirafan dengan memegang watak Astrid Leong-Teo dalam filem komedi romantik arahan Jon M. Chu, Crazy Rich Asians dan juga Bess of Hardwick dalam drama sejarah Mary Queen of Scots. Beliau memegang watak Minn-Erva dalam filem adiwira Marvel Studios Captain Marvel pada 2019 dan akan memegang watak Sersi dalam The Eternals pada 2020.