Gelato
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gelato (sebutan bahasa Itali: [dʒeˈlaːto]; jamak: gelati [dʒeˈlaːti], dari perkataan Itali gelato bermakna "beku"[1]) ialah ais krim Itali. Gelato dibuat dengan asas susu, krim, dan gula, dan diperasakan dengan puri buah-buahan dan kacang dan lain-lain perasa. Ia biasanya rendah lemak, tetapi lebih tinggi gula berbanding ais krim gaya lain.[2] Gelato biasanya mengandungi kurang udara dan lebih perisa daripada jenis pencuci mulut beku lain, memberikan kepadatan dan kekayaan yang membezakannya daripada ais krim.[3][4]
Gelato | |
---|---|
Jenis | Ais krim |
Tempat asal | Sicily, Itali |
Suhu penghidangan | Sejuk |
Bahan utama | Susu, krim, gula, ramuan perisa (cth. – puri buah atau kacang) |
sunting · sunting di Wikidata |
Di Itali, mengikut undang-undang, gelato mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3.5% lemak mentega. Di Amerika Syarikat, tidak ada undang-undang takrifan standard untuk gelato seperti yang ada untuk ais krim, yang mesti mengandungi sekurang-kurangnya 10% lemak mentega.[5] Gelato boleh disajikan dalam apa-apa cara seperti ais krim, termasuk cawan, kon, sandwich, kek, pai, atau pada sebatang kayu.[perlu rujukan]