![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/29/PIA01627_Ringe.jpg/640px-PIA01627_Ringe.jpg&w=640&q=50)
Gelang Musytari
From Wikipedia, the free encyclopedia
Planet Musytari mempunyai sistem gelang planet yang kelam. Gelang Musytari merupakan sistem gelang ketiga yang ditemui di Sistem Suria, selepas gelang Zuhal dan Uranus. Gelang utama ditemui pada tahun 1979 oleh prob angkasa lepas Voyager 1[1] dan sistem tersebut diselidik lebih teliti pada 1990-an oleh pengorbit Galileo.[2] Gelang utama juga dicerap oleh Teleskop Angkasa Hubble dan daripada Bumi selama beberapa tahun.[3] Pencerapan bumi bagi gelang-gelang tersebut memerlukan teleskop terbesar yang sedia ada.[4]
![Thumb image](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/29/PIA01627_Ringe.jpg/640px-PIA01627_Ringe.jpg)