![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b8/Gauteng_in_South_Africa.svg/langms-640px-Gauteng_in_South_Africa.svg.png&w=640&q=50)
Gauteng
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gauteng (/ xaʊˈtɛŋ / khow-TENG; Tswana: Gauteng; Sotho: Gauteng; Pedi: Gauteng; Zulu: eGoli; Tsonga: Gauteng / eXilungwini; Ndebele, Xhosa: iRhawuti; Ndebele Selatan: I-Gauteng; Venda: Gauteng ) adalah salah satu daripada sembilan wilayah di Afrika Selatan. Dalam bahasa Sotho-Tswana, Gauteng bermaksud "tempat emas". Terletak di Highveld, Gauteng adalah wilayah terkecil di Afrika Selatan. Walaupun Gauteng hanya menyumbang 1.5% dari keluasan negara itu, ia merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada seperempat penduduk negara ini. Wilayah ini mengandungi bandar terbesar di Afrika Selatan, Johannesburg, dan ibu kota pentadbirannya, iaitu Pretoria.
![]() | Rencana berkenaan Afrika Selatan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
![Lokasi Gauteng di Afrika Selatan](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/b8/Gauteng_in_South_Africa.svg/640px-Gauteng_in_South_Africa.svg.png)