Game of Thrones (musim 3)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Musim ketiga siri drama fantasi Game of Thrones ditayangkan di HBO pada 31 Mac 2013 dan berakhir pada 9 Jun 2013. Siri ini ditayangkan pada Ahad jam 21:00 di Amerika Syarikat dengan jumlah 10 episod, masing-masing berdurasi sekitar 50–60 minit.[1] Musim ini diadaptasi dari separuh awal A Storm of Swords, novel ketiga dalam siri A Song of Ice and Fire karya George R. R. Martin,[2] dan diadaptasi ke televisyen oleh David Benioff dan D. B. Weiss. HBO menempah musim ketiga pada 10 April 2012, sembilan hari selepas tayangan perdana musim kedua. Penerbitan bermula pada Julai 2012 di Ireland, Ireland Utara, Croatia, Iceland, dan Maghribi.