![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d4/Gabriel_Martinelli_2020.jpg/640px-Gabriel_Martinelli_2020.jpg&w=640&q=50)
Gabriel Martinelli
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gabriel Teodoro Martinelli Silva (lahir 18 Jun 1991), dikenali sebagai Gabriel Martinelli, ialah pemain bola sepak profesional Brazil yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Arsenal dan pasukan kebangsaan Brazil. Beliau dikenali dengan kepantasan dan kualitinya di hadapan gol serta dianggap sebagai antara penyerang terbaik dunia.[4][5]
![]() Martinelli pada tahun 2020 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Gabriel Teodoro Martinelli Silva[1] | ||
Tarikh lahir | (1991-06-18) 18 Jun 1991 (umur 33)[2] | ||
Tempat lahir | Guarulhos, Brazil | ||
Ketinggian | 1.78 m (5 ka 10 in)[3] | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Arsenal | ||
Nombor | 11 | ||
Kerjaya remaja | |||
2010–2014 | Corinthians | ||
2014–2018 | Ituano | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2018–2019 | Ituano | 17 | (6) |
2019– | Arsenal | 98 | (26) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2019–2020 | Brazil B23 | 7 | (1) |
2022– | Brazil | 7 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:10, 17 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 4:55, 13 September 2023 (UTC) |
Martinelli memulakan karier seniornya bersama Ituano dan menyertai Arsenal pada Julai 2019 sewaktu beliau berusia 18 tahun. Beliau telah menjuarai Piala FA Inggeris pada musim sulungnya bersama Arsenal.
Martinelli telah mewakili Brazil di Sukan Olimpik 2020 dengan menyumbangkan pingat emas kepada pasukan. Beliau melakukan debut bersama skuad senior pada dua tahun kemudian dan mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2022.