Gabriel García Márquez
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gabriel José de la Concordia García Márquez (nama singkatan Gabo) (6 Mac 1927 – 17 April 2014) ialah seorang penulis novel, wartawan, penyunting, penerbit, aktivis politik warganegara Colombia dan penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1982.[1] Gabriel García Márquez menghabiskan sebahagian besar masanya di Mexico dan Eropah. Ketika ini beliau banyak menghabiskan masa beliau Mexico City. Beliau diketahui umum sebagai seorang penulis yang mengenalkan realisme magik (magical realism) dalam hasil penulisan yang telah menjulang kejayaan kesusasteraan dan komersil.
Gabriel García Márquez | |
---|---|
Lahir | Gabriel José de la Concordia García Márquez (1927-03-06)6 Mac 1927 Aracataca, Colombia |
Meninggal dunia | 17 April 2014(2014-04-17) (umur 87) Bandar Mexico, Mexico |
Warganegara | Colombia |
Pendidikan | Universiti Cartagena |
Genre | Novel, cerpen |
Pergerakan sastera | Ledakan Amerika Latin, realisme magik |
Karya terkenal | One Hundred Years of Solitude, The Autumn of the Patriarch, Love in the Time of Cholera |
Anugerah | Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 1982 |
Pasangan | Mercedes Barcha Pardo |
Anak | Rodrigo García Barcha, Gonzalo García Barcha |
Tandatangan | |
Ramai berpendapat García Márquez berada pada satu tahap yang sama dengan penulis-penulis seperti Boom Latinoamericano; Jorge Luis Borges, Alejo Carpentier, Carlos Fuentes, Mario Vargas Llosa dan Julio Cortázar; juga sebagai seorang penulis terulung abad ke-20.
Gabriel García Márquez ialah bapa kepada pengarah televisyen dan filem Rodrigo Garcia.