From Wikipedia, the free encyclopedia
GJ 1214 b ialah sebuah super-Bumi di luar sistem suria yang mengorbit bintang GJ 1214 dalam buruj Ophiuchus, 13 parsek atau kira-kira 40 tahun cahaya dari Bumi, ditemui pada tahun 2009. Inilah eksoplanet kedua (selepas COROT-7b) yang ditemui dengan jisim yang tertentu dan sinarannya yang kurang berbanding gergasi-gergasi gas dalam Sistem Suria. Planet ini juga penting kerana dekat sekali dengan Bumi, di samping mengelilingi sebutir bintang induk yang kecil, maka bolehlah atmosferanya dikaji dengan teknologi terkini.[1]
Planet luar suria | Senarai | |
---|---|---|
[[Fail:|300px]] | ||
Bintang induk | ||
Bintang | GJ 1214 | |
Buruj | Ophiuchus | |
Jarak hamal | (α) | 17j 15m 18.94s |
Keserongan | (δ) | +04° 57′ 49.7″ |
Magnitud ketara | (mV) | 14.67 |
Jarak | 40 ly (13 pc) | |
Jenis spektrum | M4.5 | |
Unsur orbit | ||
Paksi semimajor | (a) | 0.0143 ± 0.0019 AU (2.14 Gm) |
1.1 mas | ||
Kesipian | (e) | < 0.27 |
Tempoh orbit | (P) | 1.5803925 ± 0.0000117 h |
(37.92942 j) | ||
Kelajuan orbit | (?) | 99 km/s |
Kecondongan | (i) | 88.62+0.36 −0.28° |
Masa transit | (Tt) | 2,454,999.712703 ± 0.000126 JD |
Ciri fizikal | ||
Jisim | (m) | 6.55 ± 0.98 M? |
Jejari | (r) | 2.678 ± 0.13 R? |
Ketumpatan | (ρ) | 1870 ± 400 kg m-3 |
Graviti permukaan | (g) | 0.91 g |
Suhu | (T) | 393–555 K |
Maklumat penemuan | ||
Tarikh penemuan | 2009-12-16 | |
Penemu | David Charbonneau, et.al. | |
Kaedah pengesanan | Transit (MEarth Project) | |
Status penemuan | Diterbitkan[1] | |
Rujukan pangkalan data | ||
Extrasolar Planets Encyclopaedia | data | |
SIMBAD | data |
GJ 1214 b mungkin lebih sejuk berbanding mana-mana planet transit yang lain. Suhu puratanya mungkin di antara 393–555 K (120–282 °C atau 248–540 °F), bergantung pada berapa banyak sinaran bintang yang dipantulkan balik ke angkasa.[1][2]
Walaupun belum lagi terbukti kewujudan air secara langsung, namun nilai-nilai jisim dan jejari yang diperoleh adalah konsisten dengan ciri-ciri sebuah planet lautan,[3] yang terdiri terutamanya daripada air (~75% jumlah jisim), mengitari sebuah teras yang berbatu (~25%), mungkin dilitupi oleh atmosfera hidrogen dan helium (~0.05%).[1][2] Disebabkan tekanan tinggi di paras kedalaman yang terjangka berair, mungkin terdapat sejumlah air yang amat besar dalam bentuk cecair dan ais VII.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.