Günther Lütjens
From Wikipedia, the free encyclopedia
Johann Günther Lütjens (25 Mei 1889 – 27 Mei 1941) adalah seorang Laksamana Jerman yang perkhidmatan tenteranya menjangkau hampir 34 tahun dan terlibat dua perang dunia. Lütjens terkenal dengan tindakannya dalam Perang Dunia II dan pemerintahannya ke atas kapal tempur Bismarck semasa serangan singkatnya ke atas Lautan Atlantik pada tahun 1941. Akibatnya, episod ini menjadi legenda tentera laut.
Günther Lütjens | |
---|---|
Nama samaran | Pee Ontgens |
Kelahiran | (1889-05-25)25 Mei 1889 Wiesbaden, Hesse-Nassau |
Meninggal dunia | 27 Mei 1941(1941-05-27) (umur 52) Lautan Atlantik |
Disemadikan | (48°10′N 16°12′W) |
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Kaiserliche Marine Reichsmarine Kriegsmarine |
Tahun perkhidmatan | 1907–41 |
Pangkat | Laksamana |
Unit | Freya Württemberg König Wilhelm Hansa Bot Torpedo G-169 dan G-172 |
Arahan | Bot Torpedo T-68, T-21, A-5, A-20 dan A-40 Karlsruhe (1934–1935) Panglima Armada Jerman Admiral Hipper (1940) Gneisenau (kapal pemerintah) dan Scharnhorst (1940–1941) Bismarck (kapal pemerintah) dan Prinz Eugen (1941) |
Pertempuran | Peperangan:
Kempen: Operasi:
Pertempuran:
|
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Dilahirkan pada tahun 1889, beliau memasuki Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marinecode: de is deprecated ) pada 1907. Seorang kadet yang rajin dan bijak, beliau naik ke pangkat pegawai sebelum meletusnya perang dan ditugaskan ke sebuah skuadron bot torpedo. Semasa Perang Dunia I Lütjens bertugas di Laut Utara dan Selat Inggeris dan berperang dengan Royal Navy British. Beliau menamatkan konflik tersebut sebagai seorang Kapitänleutnant bersama pingat Iron Cross Kelas 1 dan Kelas 2 (1914) untuk keberaniannya. Selepas perang beliau kekal dalam perkhidmatan tentera laut, kini dinamakan semula Reichsmarine. Beliau terus berkhidmat dalam skuadron bot torpedo yang akhirnya menjadi pegawai memerintah pada 1925. Di dalam era Republik Weimar, Lütjens membina reputasi sebagai seorang pegawai staf yang cemerlang.
Pada tahun 1935, selepas Parti Nazi dibawah Adolf Hitler berkuasa pada 1933, tentera laut ini sekali lagi diubahsuai dan dinamakan semula Kriegsmarine. Lütjens kemudian menjadi sahabat kepada Erich Raeder dan Karl Dönitz; iaitu panglima-panglima kanan Kriegsmarine dalam Perang Dunia II. Keupayaan dan persahabatannya membawa kenaikkan pangkat ke Kapitän zur See (Kepten) dan diberi memerintah kapal kruiser Karlsruhe. Dalam tempoh 6 tahun keamanan beliau telah naik ke pangkat Konteradmiral (Laksamana Muda) pada 1 Oktober 1937.
Pada September 1939, Perang Dunia II bermula dengan Pencerobohan Poland. Lütjens menerima Pingat Semat Iron Cross Kelas 2 (1939) tiga hari kemudian. Kejayaannya memimpin operasi kapal pembinasa di Laut Utara pada musim sejuk, 1939–40, mengurniakan beliau Pingat Semat Iron Cross Kelas 1. Pada 1 Januari 1940, beliau dinaikkan pangkat ke Vizeadmiral (Laksamana Madya). Pada April 1940 beliau diberi memerintah buat sementara seluruh armada permukaan Jerman semasa fasa awal pendaratan Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan ke atas Denmark dan Norway. Untuk kejayaan ini beliau di kurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross.
Selepas kempen ini beliau dilantik sebagai Panglima Armada Tentera Laut Jerman dan dinaikkan pangkat ke Laksamana pada 1 September 1940. Beliau terlibat dalam perancangan sementara untuk Operasi Sea Lion, iaitu pencerobohan yang dirancang ke atas United Kingdom, tetapi rancangan itu telah ditangguhkan selepas Pertempuran Britain. Rancangan Jerman beralih kepada sekatan dan Lütjens memilih kapal tempur Jerman Scharnhorst dan Gneisenau sebagai teras utama armada tempurnya; menjadikan kapal Gneisenau sebagai kapal pemerintahnya. Pada Januari 1941 beliau merancang dan menjalankan Operasi Berlin, satu serangan Atlantik bagi membantu U-boot dalam Pertempuran Atlantik dengan menyerang laluan kapal-kapal dagang British. Operasi ini adalah satu kemenangan taktikal dan propaganda. Ia berakhir pada bulan Mac 1941 apabila kapal-kapal tersebut berlabuh di Perancis taklukan Jerman selepas berlayar kira-kira 18,000 batu; satu rekod bagi kumpulan tempur Jerman pada masa itu. Kejayaan ini menyebabkan beliau dipilih untuk operasi seterusnya.
Pada bulan Mei 1941, Lütjens memerintah sebuah pasukan petugas Jerman, terdiri daripada kapal tempur Bismarck dan kruiser berat Prinz Eugen, semasa Operasi Rheinübung. Dalam teknik pengulangan Berlin, Lütjens dikehendaki melolos keluar dari pangkalan laut mereka di taklukan Poland, berlayar melalui taklukan Norway, dan menyerang kapal-kapal dagang. Operasi ini menjadi tidak keruan dan pasukan petugas segera dikesan dan bertempur dekat Iceland. Dalam Pertempuran Selat Denmark, HMS Hood telah tenggelam dan tiga kapal perang British yang lain terpaksa berundur. Dua kapal Jerman itu kemudian terpisah. Tiga hari kemudian, pada 27 Mei, Lütjens dan kebanyakan anak kapalnya terkorban apabila Bismarck telah diserang dan tenggelam.
Pada tahun 1955 Republik Persekutuan Jerman telah ditenterakan semula dan menyertai NATO. Bundesmarine telah ditubuhkan setahun kemudian. Pada tahun 1967 organisasi ini mengiktiraf Lütjens dan khidmatnya dengan menamakan kapal pembinasa Lütjens sempena namanya.