Front de libération du Québec
From Wikipedia, the free encyclopedia
Front de libération du Québec (FLQ; "Barisan Pembebasan Quebec"; Sebutan bahasa Perancis: [fʁɔ̃ də libeʁasjɔ̃ dy kebɛk]) adalah merupakan kumpulan pemisah dan pengganas separa tentera yang berideologi Marxis-Leninis di Quebec. Organisasi militia ini ditubuhkan pada tahun 1960-an dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan wilayah Quebec dari Persekutuan Kanada.
Organisasi pengganas ini giat melakukan serangan-serangan antara tahun 1963 sehingga 1970[1][2]. FLQ telah melakukan serangan berjumlah lebih daripada 160 serangan dan mengalahkan sebanyak 8 orang mangsa.[2][3] Antara serangan yang paling dikenali ii ialah pengeboman Bursa Saham Montreal pada tahun 1969, serta Krisis Oktober pada tahun berikutnya di mana dua orang penjawat awam diculik oleh FLQ.
Anggota dan penyokong FLQ diajari tentang ideologi komunisme dan memberontak melawan penjajahan Anglo-Saxon yang hendak memaksakan bahasa dan kebudayaan Inggeris pada mereka,[4] membinasakan pemerintah Quebec yang lama, kemerdekaan Quebec dari persekutuan Kanada kemudian menubuhkan komuniti baharu berbahasa Perancis yang mana pada komuniti ini akan mengawasi kesejahteraan pekerja-pekerja Quebec. Organisasi pengganas ini bahkan mendapat sokongan dari mana-mana pelajar tinggi, guru dan cendekiawan yang berideologi kiri sehingga 1970, mereka menggalakkan pelbagai tunjuk perasaan sebagai sokongan kepada FLQ saat Krisis Oktober. Selepas penculikan James Cross dan Pierre Laporte, hampir 1,000 pelajar tinggi Universiti de Montréal menandatangani petisyen yang menyokong misi FLQ. Sokongan dari masyarakat awam hampir pupus ketika organisasi ini mengisytiharkan penghukuman mati di hadapan awam kepada Laporte, Menteri Buruh Quebec kemudian menghinakan jasad dan keluarganya.
Selepas hilangnya sokongan daripada masyarakat, Sûreté du Québec (polis Quebec) dan Service de police de la Ville de Montréal (polis bandar Montreal, mempunyai singkatan SPVM) berjaya merazia persembunyiaan anggota FLQ dan menangkapi penyokong besar organisasi. Beberapa dari anggota separa militer ini memohon kepada pemerintah Kanada agar membolehkan mereka mendapat perlindungan Cuba dengan perjanjian FLQ harus melepaskan orang tebusan yang terakhir. Diplomat British berkebangsaan Ireland, Cross dilepaskan di Pulau Notre Dame dan pemerintah pun menepati kata-kata mereka.[5][6]
Kewujudan Parti Québécois, organisasi yang tidak menggalakkan keganasan dan menyarankan jalan damai bagi misi pergerakan kedaulatan, juga menarik sokongan dari bekas penyokong FLQ.[7]