From Wikipedia, the free encyclopedia
Pergerakan kedaulatan Quebec (Perancis: Mouvement souverainiste du Québec ) atau disebut juga sebagai Pergerakan Separatis Quebec (Mouvement Séparatiste Québécois) ialah satu gerakan politik serta ideologi nilai, konsep dan idea-idea yang menyokong kemerdekaan bagi wilayah Quebec tanpa harus menyertai Kanada sebagai bahagian daripada persekutuan. Penyokong gerakan ini mempunyai pertimbangan bahawa Quebec dan wilayah Kanada lain mempunyai banyak perbezaan (terutama bahasa, sebab majoriti rakyat Quebec bertutur dalam bahasa Perancis) dan Quebec akan bertambah makmur apabila berdiri sendiri menjadi sebuah negara yang merdeka.
Alasan ekonomi menjadi punca utama mengapa banyak rakyat Quebec yang merasa kecewa pada persekutuan. Pemerintah Kanada sejak dasawarsa ke 1930an-1980an belum terlalu memberikan perhatian pada wilayah itu yang menyebabkan tingginya jenayah (pembunuhan, pencurian dan lainnya), kurangnya kemudahan-kemudahan serta kemiskinan jika Quebec berbanding dengan wilayah lain. Rakyat Quebec melampiaskan kekecewaan mereka pada Referendum Kedaulatan Quebec 1980. Selepas referendum itu, penjenayahan bertambah parah dengan kemasukan kumpulan penyebar dadah dan kelab motosikal seperti Hells Angels, Outlaw dan lainnya yang menjadi sebab Perang Rempit Quebec yang meluas sampai ke Ontario.
Alasan lain yang diberikan bagi pergerakan kedaulatan, ialah Quebec mempunyai lakaran etnonasionalistik. Penyokong-penyokonh pergerakan ini mensyaki persekutuan Kanada, bahawa budaya majoriti penutur Bahasa Perancis (78% penduduk wilayah tersebut) terugut asimilasi halus oleh keazaman persekutuan yang lebih mengistimewakan bahasa Inggeris, atau daripada penutur Bahasa Inggeris itu sendiri yang mereka khawatir kemudian akan merosakkan bahasa; maka cara yang terbaik bagi memelihara bahasa, identiti dan budaya wilayah itu ialah melakukan penubuhan daripada satu entiti politik yang bebas.[1][2] Faktor berbeza yang lain, seperti perbezaan agama (di mana kebanyakan penduduk Quebec berfahaman Katolik), juga dijadikan alasan untuk membenarkan dasar-dasar yang bercirikan sama ada pemisahan atau sosial etnonasionalis sosial dasar-dasar yang dianjurkan oleh Parti Québécois ("Parti Quebec", PQ).
Alasan yang diberikan berasaskan sejarah adalah bahawa Quebec hendaklah merdeka sebagai suatu kesinambungan kepada Perancis Baru yang ditaklukan kuasa British pada tahun 1763 dan seterusnya dilepaskan kuasa kepada pihak British sebagai pertukaran kepada Guadeloupe. Alasan ini berpendapat bahawa orang-orang Quebec yang terjajah berhak menginginkan hak merdeka. Pandangan itu begitu popular pada tahun 1950-an dan 1960-an [perlu rujukan] ketika negara-negara Eropah melepaskan jajahan mereka atas nama kemerdekaan sepanjang Afrika, Timur Tengah, dan Asia Selatan.
Lapan provinsi lain dalam Kanada (lebih daripada 90%) majoritinya berbahasa Inggeris, sementara New Brunswick secara rasminya mengamalkan dasar dwibahasa dengan satu pertiga warga provinsi tersebut berbahasa Perancis.
Satu lagi alasan yang diberikan ialah berdasarkan kebencian sentimen anti-Quebec.[3] Dalam hal pergerakan kedaulatan ini, isu-isu bahasa yang muncul merupakan produk baki kepada perbezaan budaya, politik dan sosial yang lebih besar. Banyak cendekiawan menunjukkan kepada peristiwa-peristiwa bersejarah tertentu sebagai rangka kepada sokongan yang berterusan bagi kedaulatan provinsi Quebec, manakala ahli politik yang lebih kontemporari akan lebih mungkin menumpukan kepada perkara yang berikutan selepas pelaksanaan perkembangan yang terbaharu seperti Akta Kanada 1982, Persetiaan Tasik Meech atau Persetiaan Chralottetown. Ramai penyokong fahaman ini sering membandingkan keadaan mereka dengan Catalonia dalam hal Sepanyol atau Uyghur dalam hal Republik Rakyat China.[perlu rujukan]
Sepanjang tahun, banyak dari pihak Persekutuan mendakwa bahawa gerakan separatis dan referendum-referendum hanya akan menyakiti ekonomi Quebec. Tetapi dalam satu hasil penelitian, gerakan ini hanya menjejaskan sedikit ekonomi Quebec dan hasilnya pada waktu yang panjang tidak akan seburuk yang pembangkang dakwakan. Gerakan ini juga jarang melakukan keganasan dalam tujuannya sehingga aktiviti ekonomi tidak akan banyak terjejas.[4]
Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia. Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai. |
Pergerakan pemisah ini menarik dari kedua-dua sebelah pakatan kiri maupun kanan dalam politik Quebec; warga Quebec yang menghendaki kemerdekaan tetap akan menyokong agenda politik PQ atas meskipun menentang visi politik parti tersebut yang berlakar demokrasi sosial.
Pergerakan kedaulatan ini sangat sedikit mendapat sokongan daripada warga Quebec penutur bahasa Inggeris, masyarakat imigran, dan orang asli Bangsa-Bangsa Pertama. Kira-kira 60% penutur bahasa Perancis mengundi pilihab "Ya" pada tahun 1995 dengan sedikit sokongan "Ya" yang lemah daripada masyarakat-masyarakat Haiti, Arab dan Amerika Latin manakala kebanyakan warga bukan penutur bahasa Perancis mengundi pilihan "Tidak" secara besar-besaran.
Pihak penentang pergerakan ini melihat rancangan kedaulatan tersebut sebagai lebih memihak kepada suatu bangsa etnik yang khusus berdasar daripada penolakan warga yang tidak bertutur bahasa Perancis. Posisi ini kadangkalanya dipertikaikan PQ yang mendakwa matlamat parti tersebut menerima semua lapisan masyarakat serta bersifat sivik.
Pada amnya, warga penutur Perancis di luar Quebec menentang kedaulatan atau apa-apa bentuk pengiktirafan negara Quebec, sementara warga bukan penutur Perancis terutamanya minoriti yang berbahasa Inggeris di Montreal juga tetap menentang.
Seorang presiden firma pemasaran membuat kesimpulan selepas suatu pungutan undian yang banyak pada subjek ini bahawa "perangkaan ini mengejutkan saya, ia begitu jelas di seluruh negara... Anda lihat para penutur Perancis di luar Quebec, hasil yang diberikan juga sama sahaja... Secara keseluruhannya, di luar penutur Perancis di Quebec, semua kumpulan lain di seluruh negara menentang pilihan yang mereka anggap sebagai lawakan ini." Soalan tepat yang diberikan dalam pungutan suara bulan November tahun 2006 pungutan suara, "Kini, ada perdebatan politik atas menyedari Quebec sebagai sebuah negara. Adakah anda mahukan orang-orang Quebec membentuk sebuah negara atau sebaliknya?"
Warga-warga Kanada dari setiap kawasan di luar Quebec, warga Quebec yang tidak berbahasa Perancis (62%) dan warga Kanada berbahasa Perancis di luar Quebec (77%) semuanya menolak idea kemerdekaan.[5]
Meskipun keterbukaan dan sokongan didapati pada kedua-dua belah spektrum politik Perancis - sebagai kuasa bersejarah utama dalam penubuhan wilayah yang kelak dinamai Quebec - sayap kanan politik dari Perancis secara tradisi lebih memihak kepada kemerdekaan Quebec (sepertimana yang ditunjukkan Presiden Charles de Gaulle yang menyatakan sokongan beliau di Montreal pada tahun 1967) berbanding dengan sayap kiri (seperti Presiden François Mitterrand[perlu rujukan]).
Motto Pejabat Luar Negara Perancis mengenai persoalan kenegaraan Quebec ialah "non ingérence et non-indifférence" ("tiada masuk campur dan tiada pengabaian") yang melambangkan kedudukan rasmi negara tersebut. Dalam makna lainnya, meskipun orang Quebec mengundi ingin menjadi bahagian dari Persekutuan Kanada, Perancis tetap rasmi menyokong keputusan itu dan tetap mengikut kepada motto mereka.[6]
Bekas Presiden Perancis iaitu Nicolas Sarkozy telah menyampaikan bahawa beliau menentang pemisahan Quebec dari Kanada.[7][8] Keadaan itu berubah selepaa penunjukan pengganti beliau, François Hollande.[9]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.