Frigat Kelas Oliver Hazard Perry adalah sebuah kelas frigat yang dinamakan bersempena Komodor Oliver Hazard Perry, seorang wira Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Pertempuran Tasik Erie. Frigat ini juga dikenali sebagai kelas Perry atau FFG-7. Kapal perang ini asalnya direka oleh Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1970-an sebagai sebuah kapal pengiring pelbagai guna yang tidak mahal yang akan dibina dalam jumlah yang besar bagi mengantikan kapal pembinasa dari era Perang Dunia II. Sebanyak 55 buah kapal telah dibina di Amerika Syarikat: 51 buah untuk Tentera Laut A.S dan empat buah untuk Tentera Laut Diraja Australia. Sebagai tambahan, lapan buah kapal dibina di Republik China (Taiwan), enam di Sepanyol dan dua di Australia untuk kegunaan armada-armada tentera laut mereka. Kapal perang bekas Tentera Laut A.S dari kelas ini juga ada yang dijual atau didermakan kepada tentera laut dari Bahrain, Mesir, Poland, dan Turki.

Fakta Segera Gambaran keseluruhan kelas, Ciri-ciri umum ...
Thumb
USS Oliver Hazard Perry (FFG 7) sedang belayar di Tasik-tasik Besar
Gambaran keseluruhan kelas
Nama:Oliver Hazard Perry
Pembina:*Bath Iron Works
  • Todd Pacific Shipyards San Pedro
  • Todd Pacific Shipyards Seattle
  • Australian Marine Engineering Consolidated
  • Bazan
  • China Shipbuilding
Pengguna:*Bendera tentera laut Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat
Sebelumnya: Frigat kelas-Brooke
Sub kelas:*Kelas Adelaide (Australia)
Built:1975 - 2004
Ditauliah pada:1977 - kini
Jumlah disiapkan:71
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat
Sesaran: 4,100 long ton (4,200 t) muatan penuh
Panjang:
  • 408 ka (124 m) garis air,
  • 445 ka (136 m) keseluruhan,
  • 453 ka (138 m) untuk frigat "badan-panjang"
Lunas: 45 ka (14 m)
Draft: 22 ka (6.7 m)
Jana kuasa: Templat:OHP frigate propulsion
Halaju: Templat:OHP frigate speed
Jarak: 4,500 nmi (8,300 km) pada 20 knot (40 km/j)
Anak kapal: 176
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar: AN/SPS-49, AN/SPS-55, sistem kawalan tembakan Mk 92
  • Sonar: SQS-56, SQR-19 Towed Array
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • SLQ-32(V)2, Flight III with sidekick,
  • Mark 36 SRBOC
  • AN/SLQ-25 Nixie
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 2x helikopter pelbagai guna LAMPS (helikopter SH-2 Seasprite LAMPS I pada kapal badan-pendek atau SH-60 Seahawk LAMPS III pada kapal badan-panjang)
Tutup

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.