Frigat Type 26
From Wikipedia, the free encyclopedia
Frigat Type 26 atau frigat kelas City adalah satu kelas frigat yang dibina untuk Tentera Laut Diraja, di mana versinya juga dibina untuk tentera laut Australia dan Kanada .[3] Program ini yang dikenali sebagai Kapal Tempur Global, telah dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan United Kingdom untuk mengantikan sebahagian daripada 13 buah frigat Type 23 serta untuk pasaran eksport.[31] Peranan utamanya adalah untuk melaksanakan misi peperangan anti kapal selam sementara pada masa yang sama mampu menyokong pertahanan udara dan operasi kegunaan am.[7] Frigat ini merupakan pelantar laut pertama yang dikongsi antara Australia, Kanada dan United Kingdom sejak pembinasa kelas Tribal.
Fail:Type 26 Capability.jpg BAE Systems design, 2017 | |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Frigat Type 26 |
Pembina: | BAE Systems Maritime – Naval Ships |
Pengguna: | |
Didahului oleh: | |
Sub-kelas: | |
Kos: |
|
Dibina: | Anugerah kontrak untuk 3 buah daripada 8 buah kapal telah diumumkan pada 2 Julai 2017[1] |
Dalam perkhidmatan: | Pertengahan-2020an (dirancang)[2] |
Dibina: | 3[3] |
Dirancang: | |
Ciri-ciri umum (Kelas City) | |
Jenis: | Frigat peperangan anti kapal selam [2] |
Sesaran: | 6,900 t (6,800 long ton; 7,600 short ton),[7] 8,000+ t muatan penuh[8][9] |
Panjang: | 149.9 m (491 ka 10 in)[7] |
Lunas: | 20.8 m (68 ka 3 in)[7] |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | Lebih 26 knot (48 km/j; 30 mph)[7] |
Jarak: | Lebih 7,000 nmi (13,000 km) dengan pemacu motor elektrik [7] |
Bot & lancang yang dibawa: | 2 |
Anak kapal: | 157[7] (muatan untuk 208 anak kapal)[7] |
Sistem penderia dan pemprosesan: | |
Peperangan elektronik & pengumpan: | pengumpan IRVIN-GQ DLF [10] |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kemudahan penerbangan: | |
Nota: |
|
Ciri-ciri umum (Kelas Hunter) | |
Sesaran: | 10,000 t (9,800 long ton; 11,000 short ton) sesaran muatan penuh[20] |
Panjang: | 149.9 m (492 ka) |
Lunas: | 20.8 m (68 ka)[21] |
Jana kuasa: | Sebagai kelas City |
Halaju: | 27+ knot |
Jarak: | 7,000 batu nautika (13,000 km; 8,100 bt) dengan pemacu motor elektrik |
Anak kapal: | 180 anak kapal, dengan penginapan untuk 208 orang |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: | pelancar pengumpan Nulka |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kemudahan penerbangan: | Sepertima kelas City |
Nota: | |
Ciri-ciri umum (Penempur Permukaan Kanada)[25] | |
Sesaran: | 7,800 tan (9,400 tan[26]) |
Panjang: | 151.4 m (496 ka 9 in) |
Lunas: | 20.75 m (68 ka 1 in) |
Draught: | 8 m (26 ka 3 in) |
Jana kuasa: | Sepertimana kelas City |
Halaju: | 27 knot (50 km/j; 31 mph) |
Jarak: | 7,000 nmi (13,000 km; 8,100 bt) |
Anak kapal: | 204 |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: | Tindak balas torpedo ditunda Ultra Electronics SEA SENTOR S21700 |
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kemudahan penerbangan: | |
Nota: |
|
Program ini telah bermula pada tahun 1998, di bawah nama program Penempur Permukaan Masa Depan (FSC). Bagaimanapun, menjelang bulan Mac 2010, program perolehan ini berubah menjadi Kapal Tempur Global, berikutan dengan pengumuman satu kontrak rekabentuk selama 4 tahun bernilai £127 juta yang dianugerahkan kepada BAE Systems Maritime – Naval Ships.[32] Fasa rekabentuk melepasi Pagar Utama 1 pada awal tahun 2015, dengan Fasa Demonstrasi bermula pada 1 April 2015. Pada Ogos 2015\, bahan-bahan long lead untuk Type 26 telah dipesan, dengan kerja-kerja pengeluaran akan bermula pada tahun 2016 dan kapal Type 26 pertama akan diserahkan pada tahun 2023.[33] Pada bulan November 2016, satu pengumuman dibuat bahawa keluli pertama bagi lapan buah kapal untuk Tentera Laut Diraja akan dipotong pada musim panas 2017.[34] Kapal-kapal ini akan dibina di limbungan kapal milik BAE Systems di Govan dan Scotstoun yang terletak di Sungai Clyde, Glasgow.[35] Anugerah kontrak untuk membina frigat Type 26 telah diumumkan oleh BAE Systems pada 2 Julai 2017,[1] dengan pemotongan keluli untuk kapal pertama dari kelas ini, HMS Glasgow akan dilakukan pada 20 Julai 2017 oleh Setiausaha Pertahanan Negara, Sir Michael Fallon.[36]
Pada bulan Jun 2018, kerajaan Australia telah mengumumkan bahawa ia telah memilih versi ubahsuai sdari platform Type 26 dalam rancangan pengantian kelas-Anzac.[37] Tentera Laut Diraja Australia akan membeli sehingga 9 buah kelas-Hunter yang mana akan dibina oleh BAE Systems Australia di limbungan ASC, Osborne, South Australia.[5][38]
Pada 8 Februari 2019, Menteri Perolehan Carla Qualtrough telah mengumumkan bahawa kerajaan Kanada telah menganugerahi Lockheed Martin Canada sebuah kontrak bernilai C$185 juta untuk mereka sebuah armada yang terdiri sehingga 15 buah kapal frigat berdasarkan Type 26 ( Penempur Permukaan Kanada), di mana kos keseluruhan program bernilai $60 bilion. Jumlah kontrak akan meningkat berdasarkan kerja-kerja rekabentuk. Kontrak rekabentuk awal adalah dengan Irving Shipbuilding dari Halifax.[39]