Friedrich Paulus
From Wikipedia, the free encyclopedia
Friedrich Wilhelm Ernst Paulus (23 September 1890 – 1 Februari 1957) adalah seorang Jeneral Jerman semasa Perang Dunia II yang memerintah Tentera Darat Ke-6. Beliau mendapat pangkat Fil Marsyal dalam masa 2 jam sebelum penyerahan kalah tentera Jerman dalam Pertempuran Stalingrad (Ogos 1942 hingga Februari 1943). Pertempuran berakhir dengan bencana untuk Jerman Nazi apabila tentera Soviet mengepung dan mengalahkan kira-kira 265,000 askar Wehrmacht, sekutu Paksi mereka dan kolaborator.
Fil Marsyal Friedrich Paulus | |
---|---|
Nama lahir | Friedrich Wilhelm Ernst Paulus |
Kelahiran | (1890-09-23)23 September 1890 Guxhagen, Hesse, Empayar Jerman |
Meninggal dunia | 1 Februari 1957(1957-02-01) (umur 66) Dresden, Jerman Timur |
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi (hingga 1943) Jerman Timur |
Tahun perkhidmatan | 1910 - 1943 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Arahan | Asisten Ketua Staf 1 Tentera Darat Tentera Darat Ke-6 |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak |
Paulus menyerah diri di Stalingrad pada 31 Januari 1943,[Note 1] iaitu hari yang sama beliau diumumkan kenaikkan pangkatnya ke Fil Marsyal oleh Adolf Hitler.
Hitler menjangka Paulus akan membunuh diri,[2] mengulangi kepada para pegawainya bahawa tidak ada Fil Marsyal Jerman pernah ditangkap hidup-hidup. Sewaktu dalam tahanan Soviet ketika peperangan, Paulus menjadi pengkritik lantang terhadap rejim Nazi dan menyertai Jawatankuasa Nasional bagi Jerman Bebas yang ditaja oleh Soviet. Beliau berpindah ke Jerman Timur pada 1953.