From Wikipedia, the free encyclopedia
Frank Ocean (lahir 28 Oktober 1987)[3] ialah seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, jurugambar dan pelukis dari Amerika Syarikat.
Frank Ocean | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai |
|
Kelahiran | Long Beach, California, Amerika Syarikat. | 28 Oktober 1987
Berasal dari | New Orleans, Louisiana, A.S |
Genre |
|
Pekerjaan |
|
Instrumen |
|
Tahun aktif | 2005–kini |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait |
|
Laman sesawang | blonded |
Karya beliau dikenali kerana gaya dan julat vokal nyanyian yang unik serta memasyhurkan muzik R&B berunsur jazz dan funk.[4] Penceburan bidang fotografi beliau pula termasuk melibatkan diri dalam acara tahunan Met Gala untuk majalah Vogue serta i-D.
Beliau meraih banyak anugerah cemerlang termasuk 2 Anugerah Grammy, satu Anugerah Brit (untuk kategori Artis Solo Lelaki Antarabangsa Terbaik tahun 2013) dan satu Anugerah NME (kategori Artis Lelaki Antarabangsa Terbaik 2017). Beliau disenarakan dalam 100 orang paling berpengaruh dunia 2013 majalah Time serta 30 Under 30 edisi 2017 majalah Forbes. Insider dan The Wall Street Journal turut mengiktiraf beliau sebagai artis paling menonjol dekad 2010-an.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.