From Wikipedia, the free encyclopedia
Kapten Francis Light (s.1740 – 21 Oktober 1794) ialah pengasas petempatan British di Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga pengasas bandar George Town, Pulau Pinang pada tahun 1786.
Francis Light | |
---|---|
Kelahiran | 1740 Dallinghoo, Suffolk, England, Britain |
Meninggal dunia | 21 Oktober 1794 53–54)[1] | (umur
Pekerjaan | Pegawai kolonial |
Terkenal kerana | Ketua penjajahan dan pemodenan Pulau Pinang |
Saudara | William Light, pengasas Adelaide (anak) |
Dia dilahirkan di Suffolk, England dan merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759 hingga 1763. Mulai tahun 1765, dia bekerja sebagai seorang pedagang untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris
Saingan daripada Perancis ekoran Perang Tujuh Tahun(1756-1763) di Eropah menyebabkan pihak British terpaksa mencari sebuah pangkalan baru bagi menyaingi Perancis di Asia Tenggara. Setelah mendapati Pulau Pinang sesuai sebagai pelabuhan baru British, mereka menghantar Francis Light ke Kedah untuk mendapat persetujuan Sultan Mukarram Shah untuk menubuhkan sebuah pangkalan di Pulau Pinang. Kapten Light berjaya memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang dan sebagai balasannya, berjanji bahawa British akan membantu tentera Kedah dari segi bantuan pertahanan sungguhpun dia mengetahui bahawa dia tidak memiliki kuasa untuk berbuat sedemikian.[2]
Francis Light memungkiri janjinya selepas Kedah meminta bantuan British menentang Siam setelah British menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Keengganan Francis Light membantu Kedah menyebabkan Kedah menyerang British di Pulau Pinang.
Malang sekali Kedah kalah dan terpaksa menyerahkan tanah di seberang Pulau Pinang kepada British pada tahun 1791. British memberi nama kawasan terbabit sebagai Province Wellesley (kini Seberang Perai). British mahukan Seberang Perai untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman seperti padi. Seberang Perai juga menjadi penampan pertahanan dari serangan Sultan Kedah.
Ketika Francis Light mendarat di Esplanade (sekarang dikenali sebagai Padang Kota Lama), kawasan itu ditumbuhi tumbuhan-tumbuhan liar dan hutan yang tebal. Francis Light mengarahkan supaya kawasan itu dibersihkan dan dibuat petempatan. Tidak lama kemudian, kawasan itu mula menarik pedagang-pedagang untuk berdagang.
Bagi melindungi petempatan itu, British telah membina sebuah kota pertahanan yang diberi nama Kota Cornwallis. Kota itu sekarang menjadi tempat pelancongan yang menarik di Pulau Pinang.
Untuk memajukan petempatan baru ini, Francis Light telah membuat keputusan untuk memberi tanah kepada pendatang-pendatang untuk menuntut mana-mana tanah di Pulau Pinang. Dalam masa beberapa dekad terdapat lebih kurang 10,000 pendatang daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang tinggal di Pulau Pinang.
Light meinggal dunia akibat malaria pada 21 Oktober 1794[1][Note 1] dan dikebumikan di Perkuburan Protestan Lama di Jalan Northam (kini Jalan Sultan Ahmad Shah), George Town.[4] Dalam wasiatnya, Light mengingati para sahabatnya, James Scott, William Fairlie serta Thomas Pegou.[5]
Francis Light diangkat sebagai pengasas Pulau Pinang moden. Oleh kerana itu, pihak British mendirikan satu patung peringatan Francis Light yang kini terdapat di Muzium Pulau Pinang.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.