From Wikipedia, the free encyclopedia
Francis Harry Compton Crick OM FRS [1] (8 Jun 1916-28 Julai 2004) ialah seorang ahli biologi molekul, ahli biofizik dan ahli neurosains British. Pada tahun 1953, beliau bersama-sama dengan James Watson kertas akademik yang mencadangkan struktur heliks ganda molekul DNA. Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan bersama Watson dan Maurice Wilkins "untuk penemuan mereka mengenai struktur molekul asid nukleik serta kepentingan ia untuk pemindahan maklumat dalam bahan hidup".[3][4] Hasilnya didasarkan pada kajian asas yang dilakukan oleh Rosalind Franklin, Raymond Gosling dan Wilkins.
Francis Crick OM FRS | |
---|---|
Kelahiran | Francis Harry Compton Crick 8 Jun 1916 Weston Favell, Northamptonshire, England, UK |
Meninggal dunia | 28 Julai 2004 88) San Diego, California, AS | (umur
Warganegara | British |
Pendidikan |
|
Pusat pendidikan |
|
Terkenal kerana |
|
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Anugerah |
|
Kerjaya saintifik | |
Bidang | |
Institusi |
|
Tesis | Polypeptides and proteins: X-ray studies (1954) |
Penasihat kedoktoran | Max Perutz[3] |
Pelajar kedoktoran | none[3] |
Laman web rasmi | www |
Tandatangan | |
Beliau merupakan tokoh penting dalam penyelidikan yang berkaitan dengan mendedahkan struktur helikal DNA. Beliau dikenali secara meluas atas memasyhurkan konsep "dogma pusat" untuk meringkaskan idea bahawa maklumat tidak boleh mengalir kembali ke asid nukleik setelah dipindahkan dari asid nukleat (DNA atau RNA) ke protein; yakni langkah terakhir dalam aliran maklumat dari asid nukleat ke protein tidak dapat dipulihkan.[5]
Sepanjang kerjayanya, beliau memegang jawatan Profesor Penyelidikan Cemerlang JW Kieckhefer di Institut Pengajian Biologi Salk di La Jolla, California. Penyelidikannya yang terakhir berpusat pada neurobiologi teori dan percubaan untuk memajukan kajian ilmiah kesedaran manusia. Beliau kekal dalam jawatan ini bahkan "beliau menyunting manuskrip di atas katil kematiannya" menurut Christof Koch.[6]
Francis lahir pada 8 Jun 1916;[7] beliau merupakan anak sulung kepada Harry Crick (1887–1948), salah seorang pemilik sebuah kilang kasut dan but milik keluarga, dan Annie Elizabeth Crick (née Wilkins; 1879–1955). Datuknya Walter Drawbridge Crick (1857–1903) merupaka seorang naturalis amatur yang sering berhubung surat dengan Charles Darwin.[8]
Crick gagal mendapat tempat di sebuah kolej Cambrdige berikutan kegagalannya dalam ujian bahasa Latin, namumn masih mendapat tempat di University College, London sehingga memperolhei ijazah Sarjana Sains (Bachelor of Science) dalam bidang fizik.[9] Beliau ingin memulakan kerja PhDnya diUCL namun dihalang keadaan genting yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua.
Semasa tercetusnya perang dunia tersebut, beliau bekerja dalam Makmal Kajian Pelayaran (Admiralty Research Laboratory)'; beliau terlibat dalam pembangunan dan perekaan periuk api laut jenis akustik dan elektromagnet, terutamanya rekaan yang mampu melolosi pengesanan oleh kapal perang Jerman.[10]
Beliau akhirnya dapat meneruskan pengajian kedoktorannya[11] serta menjadi Felo Kehormat Gonville and Caius College, Cambridge dan menjalankan kerjanya di beberapa makmal di Cambridge.
Crick meninggal akibat menghidap barah usus pada pagi 28 Julai 2004[7] Hospital Thornton Universiti California, San Diego, La Jolla. Mayatnya dibakar] dan abu-abunya disebar di Lautan Pasifik. Suatu majlis peringatan ramai diadakan pada 27 September 2004 di Salk Institute, La Jolla, berdekatan San Diego, California.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.