From Wikipedia, the free encyclopedia
Fotonik ialah satu bidang aplikasi fizik yang menjana, mengawal dan mengesan foton, terutamanya di dalam spektrum cahaya nampak dan inframerah dekat tetapi turut menjalar ke spektrum ultraungu (jarak gelombang 0.2 - 0.35 µm), inframerah berjarak panjang (jarak gelombang 8-12 µm) dan juga inframerah jauh. Istilah fotonik berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu foton dan elektronik.
Bidang ini merupakan hasil perkembangan penemuan pemancar cahaya separa pengalir pertama yang dicipta pada awal 1960-an di General Electrics, Makmal Lincoln MIT, IBM dan RCA dan dijadikan lebih praktikal oleh Zhores Alferov dan Dmitri Z. Garbuzov dan rakan usaha sama lain yang bekerja di Institut Fizik Teknikal Ioffe dan secara serentak dengan Izuo Hayashi dan Mort Panish yang bekerja di Bell Telephone Laboratories.
Sama seperti perkembangan mendadak penggunaan peranti elektronik selepas penemuannya pada tahun 1948, penggunaan unik peranti fotonik turut terus berkembang. Peranti-peranti yang yang dianggap sebagai kelengkapan penting bagi peralatan fotonik separa pengalir dari segi ekonomi termasuklah perakam maklumat optik, perhubungan menggunakan gentian optik, percetakan laser, teknologi paparan dan pengepam optik dalam laser berkuasa tinggi. Keupayaan penggunaan teknologi ini dianggap sebagai hampir tidak terbatas kerana turut digunakan di dalam sintesis kimia, diagnostik perubatan, komunikasi maklumat bercip, pertahanan laser selain tenaga perlakuran dan lain-lain lagi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.