From Wikipedia, the free encyclopedia
Forrest Gump ialah sebuah filem romantik drama komedi epik Amerika Syarikat tahun 1994 berdasarkan novel tahun 1986 dengan nama yang sama oleh Winston Groom. Filem ini diarahkan oleh Robert Zemeckis. Ia dibintangi Tom Hanks, Robin Wright, Gary Sinise, Mykelti Williamson dan Sally Field. Fotografi utama mengambil tempat semasa lewat tahun 1993 terutamanya di Georgia, Carolina Utara dan Carolina Selatan.
Forrest Gump | |
---|---|
Pengarah | Robert Zemeckis |
Lakon layar | Eric Roth |
Berdasarkan | Forrest Gump oleh Winston Groom |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Don Burgess |
Disunting oleh | Arthur Schmidt |
Muzik oleh | Alan Silvestri |
Diedarkan oleh | Paramount Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 142 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | US$55 juta[1] |
Pecah panggung | US$677.9 juta[1] |
Ditayangkan di Amerika Syarikat pada 6 Julai 1994, Forrest Gump mencapai kejayaan komersial dan merupakan filem dengan kutipan tertinggi di Amerika Utara pada tahun itu dengan mengutip 677 juta di seluruh dunia. Pada tahun 1995, filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik untuk Robert Zemeckis, Pelakon Lelaki Terbaik untuk Tom Hanks, Lakon Layar Adaptasi Terbaik untuk Eric Roth, Kesan Visual Terbaik dan Suntingan Filem Terbaik. Ia turut menerima pelbagai pencalonan dan anugerah lain termasuk Golden Globe dan Anugerah People's Choice. Pada tahun 2011, Perpustakaan Kongres memilih Forrest Gump untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan Amerika Syarikat .[2]
Pada tahun 1981, Forrest Gump melihat bulu pelepah jatuh dari langit di sebuah perhentian bas di Savannah, Georgia. Dia menceritakan kisah hidupnya kepada orang asing yang duduk di sebelahnya di bangku perhentian bas mengenai zaman kanak-kanaknya di pekan Greenbow, Alabama.
Pada hari pertama persekolahan, Forrest berjumpa seorang budak perempuan bernama Jenny Curran. Walaupun kurang cerdik, keupayaan Gump untuk berlari sepantas kilat membolehkan dia memasuki kolej melalui biasiswa bola sepak Amerika. Selepas tamat pengajian dari kolej, dia disenaraikan ke dalam tentera dimana dia berkawan dengan seorang lelaki kulit hitam bernama Bubba. Bubba meyakinkan Gump untuk menyertai perniagaan udang bersamanya selepas perang berakhir. Mereka dihantar ke Vietnam dan semasa satu serangan hendap, Bubba terbunuh dalam pertempuran. Gump berjaya menyelamatkan kebanyakkan platunnya termasuk Leftenannya, Dan Taylor yang kehilangan kedua-dua kaki akibat kecederaan. Gump dianugerahkan Medal of Honor untuk tindakannya.
Semasa Gump berada dalam pemulihan selepas suntikan di punggungnya, dia menjumpai kebolehan luar biasanya dalam ping-pong. Dia kemudiannya menjadi semakin popular dan statusnya meningkat kepada selebriti. Dia kemudiannya bermain ping-pong secara kompetitif menentang pasukan China dalam perlawanan diplomasi ping-pong. Ketika di perhimpunan anti-perang di Washington, D.C., Gump berjumpa semula dengan Jenny, yang kini hidup dengan gaya hippie.
Setibanya di rumah, Gump menyokong sebuah syarikat yang membuat raket ping-pong dan mendapat bayaran US$ 25,000 yang digunakannya untuk membeli bot menangkap udang, memenuhi janjinya kepada Bubba. Leftenan Dan menyertai Gump dan mereka pada mulanya mencapai kejayaan kecil. Selepas mendapati bot mereka merupakan satu-satunya yang terselamat di kawasan itu selepas Taufan Carmen, mereka mula berjaya menangkap udang dengan jumlah yang banyak. Mereka menggunakan pendapatan mereka untuk membeli lebih banyak bot menangkap udang. Leftenan Dan melabur wang dalam Apple dan Gump dari segi kewangan selamat untuk sepanjang hidupnya. Dia kembali ke rumah untuk melihat hari terakhir kehidupan ibunya.
Pada satu hari, Jenny kembali untuk melawat Gump. Gump meminta untuk berkahwin dengannya tetapi dia menolak walaupun berasa bertanggungjawab untuk membuktikan cinta kepadanya dengan tidur dengannya. Dia meninggalkan rumah Gump pada pagi berikutnya. Dengan sengaja, Gump memilih untuk pergi berlari. Dia kemudiannya memutuskan untuk terus berlari merentasi negara beberapa kali selama lebih tiga tahun setengah dan menjadi terkenal dalam proses itu.
Pada masa kini, Gump mendedahkan bahawa dia sedang menunggu di perhentian bas kerana dia menerima surat daripada Jenny yang setelah melihat dia berlari di televisyen, meminta Gump untuk melawatnya. Sebaik sahaja dia berjumpa kembali dengan Jenny, dia diperkenalkan kepada anaknya yang juga bernama Forrest. Jenny memberitahu Gump dia menghidap virus yang tidak diketahui (mungkin HIV, walaupun ini tidak pernah dinyatakan). Ketiga-tiga mereka berpindah kembali ke Greenbow, Alabama. Jenny dan Forrest akhirnya berkahwin tetapi dia mati tidak lama selepas itu.
Dia dan anaknya menunggu bas sekolah ketika hari pertama persekolahan anaknya. Ketika membuka buku yang dibawa anaknya ke sekolah, bulu pelepah pada awal filem dibawa oleh angin dan menuju ke arah langit.
Watak | Versi Melayu [3] |
---|---|
Forrest Gump | Sharul Nizam Samsudin |
Jenny Curan | Nur Atiqahzawani Jaiman |
Leftenan Dan Taylor | Shazali Samsudin |
Benjamin Bufford "Bubble" Blue | Ahmad Khairiddin |
Puan Gump | Iera Muniera |
Forest Gump Jr | Suriani Samsudin |
Elvis Presley | Cicik Aidil |
Dick Cavett | Ahmad Khariddin |
John Lennon | Rahim Kidol |
Richard Nixon | Rahim Kidol |
Penunggu Bas | Rahim Kidol |
Jurulatih Paul "Bear" Bryant | Rahim Kidol |
Filem ini adalah berdasarkan novel tahun 1986 oleh Winston Groom. Kedua-duanya menceritakan karakter Forrest Gump. Walau bagaimanapun, filem ini hanya memberi tumpuan terhadap sebelas bab pertama novel ini sebelum melangkau sehingga akhir novel bersama dengan penubuhan Bubba Gump Shrimp Co. dan perjumpaan bersama Forrest, Jr. Sebagai tambahan kepada beberapa bahagian dalam novel dilangkau, filem ini juga menambah beberapa aspek kehidupan Gump yang tidak berlaku dalam novel seperti pendakap kaki yang diperlu olehnya sebagai kanak-kanak dan lariannya merentasi Amerika Syarikat.[4] Watak teras dan personaliti Gump juga ditukar dari novel.[4] Novel ini juga menampilkan Gump sebagai angkasawan, penggusti profesional dan pemain catur.[4] Dua pengarah ditawarkan peluang untuk mengarah filem ini sebelum Robert Zemeckis dipilih. Terry Gilliam menolak tawaran untuk mengarah.[5] Barry Sonnenfeld terikat dengan filem ini tetapi menarik diri untuk mengarah Addams Family Values.[6]
Filem ini menerima ulasan positif. Laman web Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 72% pengkritik memberikan filem ini ulasan positif berdasarkan 81 ulasan.[12] Di laman web Metacritic, filem ini mendapat rating 82/100 berdasarkan 19 ulasan daripada pengkritik.[13] CinemaScore melaporkan bahawa penonton memberikan filem ini gred "A+".
Filem ini telah dipuji oleh beberapa pengkritik termasuk Roger Ebert dari Chicago Sun-Times,[14] Todd McCarthy dari Variety,[15] Anthony Lane dari The New Yorker[16] dan Owen Gleiberman dari Entertainment Weekly.[17] Pengkritik mempunyai pandangan bercampur terhadap karakter utama. Gump telah dibandingkan dengan pelbagai karakter dan individu termasuk Huckleberry Finn, Bill Clinton dan Ronald Reagan.[18][19][20]
|deadurl=
ignored (bantuan)|deadurl=
ignored (bantuan)|deadurl=
ignored (bantuan)|deadurl=
ignored (bantuan)|deadurl=
ignored (bantuan)Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Forrest Gump |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Forrest Gump |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.