Florence Nightingale, OM (Tulisan Jawi: فلورن‌س ناءيتيڠݢيل ;12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910) yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita ialah perintis kejururawatan. Dia juga terkenal sebagai ahli statistik.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Florence Nightingale

OM RRC DStJ
Florence Nightingale, c. 1860
Kelahiran(1820-05-12)12 Mei 1820
Florence, Duchy Agung Tuscany
Meninggal dunia13 Ogos 1910(1910-08-13) (umur 90)
Mayfair, London, England, United Kingdom
WarganegaraBritish
Terkenal keranaPerintis kejururawatan moden
AnugerahPalang Merah Diraja (1883)
Lady of Grace of the Order of St John (LGStJ) (1904)
Darjah Merit (1907)
Kerjaya saintifik
BidangKebersihan dan sanitasi hospital, statistik
InstitusiSelimiye Barracks, Scutari
King's College London[1]
Tandatangan
Catatan kaki / rujukan
Tutup

Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah. Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang kejururawatan pada tahun 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat ialah wanita miskin) dan wanita British daripada keturunan berada sepertinya dijangka menjadi isteri yang patuh.

Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor. Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Florence yang mempercayai teori penyakit Miasma[3][4][5] menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, justeru sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit menjadi lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

Florence Nightingale kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya dan dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England.

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.