Filemografi Shahid Kapoor
From Wikipedia, the free encyclopedia
Shahid Kapoor ialah seorang pelakon lelaki India yang muncul dalam perfileman Hindi. Sebagai penari di Shiamak Davar, Kapoor membuat penampilan yang tidak dinamakan sebagai penari latar dalam filem-filem seperti Dil To Pagal Hai (1997) dan Taal (1999).[1] Beliau juga muncul dalam beberapa muzik video, termasuk satu untuk penyanyi Kumar Sanu, sebelum membuat peranan lakonan pertama menerusi watak utama dalam filem komedi romantis Ken Ghosh Ishq Vishk (2003).[2][3] Filem ini menjadi kejayaan komersial, dan peranan Kapoor sebagai pelajar remaja membolehkan beliau menerima Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Lelaki Terbaik.[4][5]