Filem Negara Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Filem Negara Malaysia (FNM; kadangkala disebut juga sebagai Jabatan Filem Negara atau JFN) merupakan agensi penerbitan filem Malaysia.[1] Ia merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Penerangan selain Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Semuanya mempunyai peranan yang sama iaitu memberikan penerangan dan maklumat berhubungan dengan dasar dan agenda kerajaan kepada rakyat. Hanya cara atau pendekatannya yang berbeza.[2]
FNM Jabatan Filem Negara (JFN) | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 April 1946; 78 tahun yang lalu (1946-04-01) |
Agensi terdahulu |
|
Dibubarkan | 31 Mei 2013; 11 tahun yang lalu (2013-05-31) |
Agensi yang mengambil alih |
|
Jenis | Agensi eksekutif |
Ibu pejabat | Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Agensi induk | Kementerian Penerangan Malaysia (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) |
Laman sesawang | www |
Antara peranan utama FNM ialah menyebarkan maklumat mengenai dasar, program dan pencapaian kerajaan serta mempromosikan negara menerusi filem yang diterbitkan. Selain itu, FNM berperanan untuk menerbitkan filem dokumentari dan treler berkualiti dan membekalkannya kepada pelanggan, menjadi organisasi penerbitan filem rasmi Kerajaan bertaraf antarabangsa.[1][3][4][5]