![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e2/Early_Sunday_afternoon_crowd_at_the_Pyramid_%2528323784473%2529.jpg/640px-Early_Sunday_afternoon_crowd_at_the_Pyramid_%2528323784473%2529.jpg&w=640&q=50)
Festival Glastonbury
From Wikipedia, the free encyclopedia
Festival Seni Persembahan Kontemporari Glastonbury (nama rasmi: Glastonbury Festival of Contemporary Performing Arts) atau ringkasnya Festival Glastonbury ialah sebuah temasya seni kontemporari selama lima hari antaranya merangkumi pelbagai jenis seni (muzik kontemporari, tarian, komedi, sarkas dan sebagainya) terletak di sebuah lapangan besar di bandar Pilton, Somerset, England. Banyak artis pemuzik dalam genre pop dan rock tersohor telah muncul membuat persembahan di sini sehingga mendapat tumpuan dalam bentuk filem dokumentari dan album rakaman malah liputan langsung dari media televisyen dan akhbar.
Festival Glastonbury | |
---|---|
Fail:Glastologo.png | |
![]() Keadaan festival tahun 2005 | |
Genre | Festival muzik |
Kekerapan | Setiap tahun, berselang beberapa "tahun rang" |
Lokasi | Pilton, Somerset, England |
Koordinat | 51°09′09″N 02°35′23″W |
Tahun aktif | 53 years |
Dirasmikan | 19 September 1970 (1970-09-19) |
Pengasas | Michael Eavis |
Paling terkini | 26 Jun 2019 (2019-06-26) – 30 Jun 2019 (2019-06-30) |
Acara seterusnya | 24 Jun 2020 (2020-06-24) – 28 Jun 2020 (2020-06-28)[1] |
Peserta | See lineups |
Kehadiran | 203,500 orang (2019) For full attendance, see here |
Dianjurkan oleh | Glastonbury Festivals Ltd. |
Laman sesawang | glastonburyfestivals |
sunting ![]() |
Acara besar ini mula dibuka tahun 1970 oleh Michael Eavis dengan nama Pilton Festival, setelah terilham sambutan hebat konsert terbuka Led Zeppelin di Bath Festival of Blues and Progressive Music pada tahun tahun sama. Ia kemudiannya diadakan secara berkala sehingga 1981 di mana ia mula diadakan setiap tahun.
Ada tahun selang tertentu yang akan ditetapkan pada setiap lima tahun (fallow year - "tahun rang") untuk tujuan rehat para pengurus dan penduduk setempat serta membiarkan kawasan ini pulih untuk seketika - tahun rehat terakhir dilakukan pada 2018 sebelum acara tahunan seterusnya diteruskan pada 26 – 30 Jun 2019.[1] Ia kini dihadiri seramai 200,000 orang[2] lalu kepadatannya memerlukan infrakstruktur kuat dari segi keselamatan. pengangkutan serta bekalan air dan elektrik. Kebanyakan staf yang menguruskan temasya ini juga relawan untuk banyak badan kebajikan amal marih jutaan paun sterling ihsan para hadirin.[3]
Acara-acara festival ini untuk tahun-tahun 2020 dan 2021 dibatalkan berikutan wabak COVID-19.[4][5]