"Saint Ferdinand" dilencongkan ke sini. Untuk perbandaran, lihat Saint-Ferdinand, Quebec.
Ferdinand III (1198/1201 – 30 Mei 1252), dipanggil the Saint (el Santo), adalah Raja Castile bermula pada tahun 1217 dan Raja León bermula pada tahun 1230 selain Raja Galicia bermula pada 1231.[1] Beliau merupakan anak lelaki kepada Alfonso IX dari León dan Berenguela dari Castile. Melalui perkahwinan kedua beliau, beliau juga memegang gelaran Count Aumale. Ferdinand III adalah salah seorang raja Castile yang paling berjaya, bukan sahaja memastikan kesatuan takhta Castile dan León, tetapi menjadi perancang utama kempen ketenteraan termahal iaitu Reconquista.
Maklumat lanjut King of Castile dan Toledo, Pemerintahan ...
Ferdinand III
Ferdinand III dalam sebuah miniatur pada kurun ke-13
King of Castile dan Toledo
Pemerintahan
31 Ogos 1217 – 30 Mei 1252
Didahuluioleh
Berengaria
Diikutioleh
Alfonso X
Raja León dan Galicia
Pemerintahan
24 September 1230 –30 Mei 1252
Didahuluioleh
Alfonso IX
Diikutioleh
Alfonso X
Keputeraan
1198/1201 Biara di Valparaíso, Peleas de Arriba, Leon
Alfonso X Infante Frederick Berengaria, Abbess dari Las Huelgas Henry Philip, Archbishop Seville Sancho, Archbishop Seville Infante Manuel Eleanor, Ratu England
University of Salamanca; Katedral Burgos; Katedral Sevilla; Katedral La Laguna; Diocese of San Cristobal de La Laguna; Universiti La Laguna; of friars: (Dominican, Franciscan, Trinitarian, and Mercedarian);Lucena City, Quezon; San Fernando, California; City of San Fernando, Pampanga; Liloan, Cebu; Metropolitan Cathedral of San Fernando; (Cathedral of Resistencia, Argentina);San Fernando de Dilao Church (Pro-Cathedral of San Fernando de Dilao, Paco, Manila); of engineers
Melalui usaha-usaha ketentera dan diplomatik, Ferdinand berjaya mengembangkan kekuasaan Castile ke selatan Sepanyol, menduduki kebanyakan kota-kota besar dan lama di al-Andalus, termasuk ibu kota Andalus di Córdoba dan Seville, dan mewujudkan sempadan negara Castile pada dua kurun selepasnya.
Ferdinand telah disucikan pada tahun 1671 oleh Paus Clement X dan di Sepanyol, beliau dikenali sebagai Fernando el Santo, San Fernando atau San Fernando Rey. Tempat-tempat seperti San Fernando, Pampanga, dan Gereja San Fernando de Dilao di Paco, Manila di Filipina, dan California, Kota San Fernando dan Lembah San Fernando, dinamakan bersempena nama beliau.