![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/57/Fengshui_Compass.jpg/640px-Fengshui_Compass.jpg&w=640&q=50)
Feng shui
From Wikipedia, the free encyclopedia
Feng shui (juga dieja - Mal.:fengsyui[1], Ind.: fengsui.[2]) (Cina Tradisional: 風水code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 风水code: zh is deprecated , pinyin: fēng shuǐ; IPA: [ˈfəŋˌʃueɪ] <fung-syuéi>) ialah sistem estetika Cina kuno yang dipercayai menggunakan hukum-hukum samawi (astronomi) dan bumi (geografi) untuk membantu para penghuni sesebuah lokasi atau kediaman memperbaiki hidup secara menerima aliran qi positif.[3] Sebarang tapak yang dianggap penuh tuah ditentukan (bergantung kepada jenis ilmu yang diamalkan) melalui rujukan kepada ciri persekitaran setempat seperti jasad air (sungai, tasik dan sebagainya) mahupun arah ditunjukkan bintang atau pun kompas.
Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain. |
Feng shui | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Kompas Feng Shui | |||||||||||||||
Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 風水code: zh is deprecated | ||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 风水code: zh is deprecated | ||||||||||||||
Maksud harfiah | angin-air | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Vietnamese name | |||||||||||||||
Vietnamese | Phong thủycode: vi is deprecated | ||||||||||||||
Thai name | |||||||||||||||
Thai | [ฮวงจุ้ย (Huang Jui)] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | ||||||||||||||
Korean name | |||||||||||||||
Hangul | 풍수code: ko is deprecated | ||||||||||||||
Hanja | 風水code: ko is deprecated | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Japanese name | |||||||||||||||
Kanji | 風水code: ja is deprecated | ||||||||||||||
Hiragana | ふうすいcode: ja is deprecated | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Filipino name | |||||||||||||||
Tagalog | pungsoycode: tl is deprecated | ||||||||||||||
Nama asal ilmu ini ialah Kan Yu (Cina Tradisional: 堪輿code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 堪舆code: zh is deprecated , pinyin: kānyú; harf. "Cara langit dan bumi")[4]. Perkataan 'feng shui' yang lebih diketahui umum secara harfiahnya diterjemah bermaksud "angin-air"; istilah ini dipetik dari satu rangkap dalam buku Zangshu (bahasa Cina: a.t 葬書code: zh is deprecated , a.r 葬书code: zh is deprecated , p Zàngshū) yang dikarang oleh Guo Pu ketika zaman Dinasti Jin:[5]
「氣乘風則散,界水則止」- qì chéngfēng zé sǎn, jiè shuǐ zé zhǐ
[Qi (udara) menaiki angin lalu menyerak, tetapi disimpan apabila ditemukan air.][5]
Ramai pengikut moden mengakui bahawa feng shui ialah amalan menyusun benda (seperti perabot) untuk membantu kita mencapai matlamat. Jika diikutkan secara lebih tradisi, feng shui adalah penting dalam pemilihan tempat tinggal, tempat persemadian dan perancangan pertanian.