Featurette merupakan istilah yang digunapakai dalam industri perfileman Amerika Syarikat untuk merujuk kepada filem dengan tiga gelung atau berdurasi kira-kira 24-40 minit, iaitu lebih panjang dari filem pendek tetapi lebih pendek dari filem cetera. Oleh itu, ia adalah "ciri kecil" (akhiran "-ette" merupakan diminutif biasa yang berasal dari bahasa Perancis[1]). Istilah ini biasanya digunakan sebelum kewujudan filem dengan suara sehingga tahun 1960-an, dimana filem seperti Hal Roach's Streamliners dan filem-filem Perancis lain dengan durasi sebegini tidak lagi dihasilkan, atau dibuat sebagai filem percubaan atau filem seni.

Selepas pengenalan DVD, istilah ini digunakan di Amerika sebagai "filem dokumentari ringkas yang meliputi satu atau lebih aspek proses penciptaan filem".[2][3] Istilah ini pada keterangan dalam DVD merujuk kepada "adengan belakang tabir" seperti dokumentari mengenai kesan khas, reka bentuk set, atau temubual bersama pelakon dan krew. Kebanyakan "featurettes" ini adalah kurang dari 20 minit.

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.