Fasa bulan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Sebahagian permukaan bulan sentiasa kelihatan diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan) dari 100% (purnama/mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap).[1] Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat.
Maklumat lanjut Waktu melihat, Tanggal dikira dalam takwim Hijrah ...
Fasa | Waktu melihat | Tanggal dikira dalam takwim Hijrah | Ilustrasi | |
---|---|---|---|---|
Dari ufuk Hemisfera Utara | Dari ufuk Hemisfera Selatan | |||
Anak bulan bulan timbul |
Sukar melainkan senja | hari pertama | ||
Bulan mata tuai Bulan sabit Hilal |
Lewat pagi dan lepas senja | |||
Perbani awal | Tengahari dan awal malam | |||
Bulan bunting pelanduk/ Bulan bicul/bincul |
Lewat petang dan malam | |||
Bulan purnama | Sepanjang malam | hari ke-15 | ||
Bulan bicul/bincul akhir | Malam dan awal pagi | |||
Perbani akhir | Lewat malam dan pagi | |||
Hilal akhir | Subuh dan tengahari |
Tutup