From Wikipedia, the free encyclopedia
Faralyna Md. Idris (lahir 5 Januari 1991)[lower-alpha 1] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2009 menerusi drama Kisah Kaisara 2 arahan Aziz M. Osman, yang merupakan drama pertama lakonannya.[1] Seterusnya namanya melonjak naik ketika membintangi drama Asmara arahan Heykal Hanifah sehingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 bagi kategori Pelakon Baru Wanita Popular sebagai Top 20.
Sejak kematian ibunya, Jalaliah "Julie" Ismail, Faralyna dan keluarganya mula mengalami masalah kewangan. Pernah satu ketika dulu beliau ponteng sekolah kerana malu tidak membayar yuran kerana beliau bersekolah di sekolah swasta. Atas saranan Norsiah Ramli, ibu kepada pelakon Diana Danielle yang merupakan satu sekolah dengannya menyarankan agar Faralyna menceburi bidang lakonan untuk menyara diri. Pada mulanya Faralyna ingin mencuba dan pergi menghadiri uji bakat untuk drama terbaru Aziz M. Osman. Tidak disangka Aziz menyukai lakonannya. Disitulah bermulanya kerjaya Faralyna. Antara drama yang pernah dibintanginya dan memegang watak utama adalah Sutera Cinta, Kali Kedua, Fira Ayuni, Kampus, Dingin Lavenda, Asmara, Asmara 2, Rawan, Fajar Aiman dan banyak lagi.[2][3]
Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Hairul Azreen (kini berkahwin dengan Hanis Zalikha) sekitar 2011 dan merancang untuk berkahwin.[4] Namun, hubungan mereka berakhir pada Februari 2013.[5] Beliau berkahwin dengan jurugambar Muhammad Fikri Abdullah pada 12 Disember 2014, majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Cruise Tasik Putrajaya.[6] Pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Mei selepas berkenalan selama dua tahun.[7][8]
Hasil perkongsian hidupnya dengan Fikri, Faralyna dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Fira Anggun yang dilahirkan pada 29 Oktober 2015[9] dan Fira Ayu yang dilahirkan pada 21 Jun 2018.[10]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Lukisan Hati | Filem bebas | |
2011 | Klip 3GP | Sandra | Filem pertama |
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Lisa | |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2008 | Kisah Kaisara (Musim 2) | Hanna | TV3 |
Sofea Zahra | Astro Ria | ||
2009 | Bio-Nik (Musim 2) | Lisa | TV3 |
2010 | Siti Kelembai | Keisha | TV3 |
Asmara | Melati | TV3 | |
2011 | Si Jundai | Ayu | |
Asmara 2 | Melati | TV3 | |
Kali Kedua | Qaseh | TV9 | |
Dingin Lavenda | Nana | TV3 | |
2012 | Kampus | Malisha | |
Sutera Cinta | Qistina | ||
Miss Octopus | Suzi | TV3 | |
6 Progresif | Dahlia | TV9 | |
Rawan | Zura Atikah | TV9 | |
Super Smash | Cikgu Shahsha | Astro Ceria | |
2013 | Debunga Lalang | Aliya | TV3 |
Duri Di Hati | Farah | TV3 | |
Misiku Kuza (Musim 1) | Amy | Astro Ria | |
Benci Vs Cinta | Miranda | Astro Ria | |
Fira Ayuni | Fira Ayuni | TV3 | |
Dan Calonnya Adalah | Katrina | Tonton | |
Mencintaimu | Natasha/Anissa | ||
2014 | Ryujin Juwara | Maya | TV3 |
Fajar Aiman | Fajar | TV3 | |
Kifarah 2: Kenan | Irma | TV3 | |
Misiku Kuza (Musim 2) | Amy | Astro Ria | |
2015 | Puteri Bukan Nama Sebenar | Alisha | TV3 |
2016 | Amsyar | Arfah | TV9 |
Tika Langit Terbuka | Astro Oasis | ||
2018 | Cinta Koko Coklat | Jasnita | ntv7 |
2019 | Skrin Sentuh Hati Eryna | Eisya Zulaikha | TV1 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2009 | Cindrella Blues | Lily | |
Jangan Benci Cinta | |||
Anna Maria | Hanem | ||
2010 | Dari Kokdiang Ke Kolumpoq | Ain | |
Teknofobia | |||
Driver MD | Rita | ||
2011 | Kluang 12 tengah malam | Suraya | |
2012 | Di Sebalik Senyuman | ||
Laila Sari | |||
Cuba Jadi Lelaki | Melia | ||
2013 | Untuk Terakhir Kali | Tina | |
Arah Ke Kuburmu | Rina | ||
Dr Rushidi | Maya | ||
Dendam Rindu | Nadia | ||
Bunga Larangan | Manisah | ||
Tujuh Dulang Asam Pedas | |||
Cinta Muka Buku | Najwa | ||
2014 | Airis | Airis | |
Kisah Hidup Jai | Suraya | ||
Tanah Kubur | Miza | ||
Setulus Cinta Aqilah | Aqilah | ||
Kekabu Anjang | Hasanah | ||
Tolong Aku Nak Puasa | Arina | ||
Milik Kita | Areesya | ||
Sedalam Mana Cinta | Roza | ||
Hantu Langsir | |||
Dari Kerana Mata | |||
2016 | Tika Langit Terbuka | Nadia |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2002 | Dari dan Daripada | Dirinya sendiri | TV Pendidikan | Sebagai penyanyi lagu "Dari dan Daripada" |
2010 | Spellbound: Crimes of the Mind | Crime & Investigation Network | Lakonan semula | |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2010 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 | Pelakon Baru Wanita Popular | Tercalon |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.