pengacara televisyen & penyanyi nasyid Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Ahmad Fadzli bin Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Fadzli Aziz dilahirkan pada 9 Februari 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau ialah bekas anggota kumpulan nasyid UNIC (2004-2014)[1] yang merupakan salah sebuah kumpulan nasyid terkenal di Malaysia.
Fadzli Aziz | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Fadzli bin Abd Aziz 9 Februari 1984 |
Nama lain | Fadzli UNIC |
Pekerjaan | Penyanyi, Pengacara, Penceramah, Motivator |
Tahun aktif | 2004–kini |
Terkenal kerana | Kumpulan UNIC |
Rakan kongsi domestik | Fatin Hanani Sulaiman (k. 2008) |
Anak-anak | Adam El-Farees Sofiyyah El-Farafiesya Naeyla El-Farafiesya |
Beliau mula menganggotai UNIC pada tahun 2004 menggantikan salah seorang anggotanya pada waktu itu iaitu Wan Shah yang menarik diri dan telah merakamkan album pertamanya bersama UNIC yang berjudul Satu Tekad pada tahun 2005 bersama Hafiz Hamidun, Fitri Haris dan Bazli. Beliau merupakan seorang perunding motivasi dan dahulunya, beliau aktif berdakwah bersama-sama Mohd Fakhrul Radhi bin Kamarudin dan Bazli Hazwan bin Che Osman yang juga anggota kumpulan UNIC yang masih bertahan sehingga kini. Selain menyanyi dan berdakwah, beliau juga bekerja untuk stesen televisyen Islamik iaitu TV AlHijrah dan beliau juga merupakan seorang aktivis.
Pada tahun 2014, beliau telah mengumumkan pengundurannya dari UNIC atas faktor kerjaya secara rasmi pada 1 Januari 2015. Beliau telahpun mendirikan rumah tangga dengan Fatin Hanani dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Adam, Sofiyyah & Naeyla.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.