Fabinho
From Wikipedia, the free encyclopedia
Fábio Henrique Tavares (lahir 23 Oktober 1993), dikenali sebagai Fabinho merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain tengah pertahanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan pasukan kebangsaan Brazil.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Fábio Henrique Tavares[1] | ||
Tarikh lahir | (1993-10-23) 23 Oktober 1993 (umur 30)[2] | ||
Tempat lahir | Campinas, Brazil | ||
Ketinggian | 1.88 m (6 ka 2 in)[2] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Liverpool | ||
Nombor | 3 | ||
Kerjaya remaja | |||
Fluminense | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2012 | Fluminense | 0 | (0) |
2012–2015 | Rio Ave | 0 | (0) |
2012–2013 | → Real Madrid Castilla (Pinjaman) | 30 | (2) |
2013 | → Real Madrid (Pinjaman) | 1 | (0) |
2013–2015 | → Monaco (Pinjaman) | 62 | (1) |
2015–2018 | Monaco | 105 | (22) |
2018– | Liverpool | 61 | (3) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015– | Brazil | 12 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:12, 17 Oktober 2020 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15:00, 14 Oktober 2019 (UTC) |
Setelah memulakan kariernya di kelab Fluminense, beliau berpindah ke Rio Ave pada tahun 2012. Beliau menghabiskan seluruh waktunya di luar dengan pinjaman, termasuklah pertama di Real Madrid Castilla, dan membuat satu penampilan pengganti untuk pasukan pertama. Beliau kemudiannya menghabiskan lima tahun di Monaco dengan bermain 233 permainan keseluruhan dan menjaringkan 31 gol, serta memenangi Ligue 1 pada 2016-17. Pada musim pertamanya di Liverpool, beliau telah memenangi Liga Juara-Juara UEFA.
Fabinho membuat penampilan pertama antarabangsa untuk Brazil pada tahun 2015, dan merupakan sebahagian daripada pasukan Brazil di Copa América pada tahun 2015 dan 2016.