F-117 Nighthawk
From Wikipedia, the free encyclopedia
F-117 Nighthawk adalah sebuah pesawat halimunan serangan darat yang pernah dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Pesawat yang direka dan dibina oleh firma Lockheed ini telah membuat penerbangan sulung pada 1981, dan mencapai status Keupayaan Operasi Awal pada Oktober 1983.[1] F-117A telah diiktiraf dan didedahkan kepada dunia pada November 1988.[4]
F-117 Nighthawk | |
---|---|
Peranan | Pesawat penyerang halimunan[1] |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Lockheed Skunk Works Lockheed Martin |
Penerbangan sulung | 18 Jun 1981 |
Mula digunakan | Oktober 1983 |
Dihentikan | 22 April 2008[2] |
Status | Dibersarakan |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat |
Jumlah dibina | 64 buah (5 YF-117A, 59 F-117A) |
Kos seunit | AS$ 42.6 juta (kos terbang) AS$ 111.2 juta (termasuk kos pembangunan)[3] |
Dibangunkan dari | Lockheed Have Blue |
Sebagai produk Skunk Works dan pembangunan berdasarkan prototaip Have Blue, pesawat ini menjadi pesawat operasi pertama yang direkabentuk berdasarkan teknologi halimunan. Pesawat F-117A telah mendapat perhatian yang meluas semasa Perang Teluk pada tahun 1991.
Pihak Tentera Udara A.S telah menghentikan penggunaan pesawat F-117 pada 22 April 2008,[2] disebabkan oleh kemungkinan perolehan dan aturgerak pesawat-pesawat F-22 Raptor[5][6] dan F-35 Lightning II yang lebih cekap.