F-102 Delta Dagger
From Wikipedia, the free encyclopedia
Convair F-102 Delta Dagger merupakan sebuah pesawat pemintas yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. Ia menjadi tulang belakang pertahanan udara Tentera Udara A.S pada akhir 1950-an. Mula memasuki perkhidmatan pada 1956, peranan utamanya adalah untuk memintas serangan angkatan pesawat pengebom Soviet.
Fakta Segera Peranan, Pengeluar ...
F-102 Delta Dagger | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pemintas |
Pengeluar | Convair |
Penerbangan sulung | 24 Oktober 1953 |
Diperkenalkan | April 1956 |
Dihentikan | 1976 (Tentera Udara A.S) 1979 (pengguna luar negara) 1986 (dron sasaran) |
Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat Greece Turki |
Jumlah dibina | 1,000 |
Kos seunit | AS$1.2 juta[1] |
Dibangunkan dari | Convair XF-92 |
Kelainan | F-106 Delta Dart |
Tutup
Pembangunan pesawat ini agak lama dan berdepan dengan masalah, dand pada awal 1960-an, tugasnya disokong oleh pesawat F-101 Voodoo, digantikan dengan F-106 Delta Dart, dan kemudian oleh pesawat F-4 Phantom II. Kebanyakkan pesawat F-102 kemudian diserahkan kepada Pengawal Udara Kebangsaan pada pertengahan 1960-an, dan kesemua pesawat ini ditamatkan pada 1976.