Esteban Gutiérrez
From Wikipedia, the free encyclopedia
Esteban Manuel Gutiérrez Gutiérrez[1]; lahir 5 Ogos 1991) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Mexico. Beliau bersaing dalam kejuaraan GP2 pada tahun 2012 untuk Lotus GP, dan menjadi pemandu ujian untuk pasukan Formula Satu Sauber. Pada musim 2013, Gutiérrez berlumba untuk Sauber, dan menjadi rakan sepasukan Nico Hülkenberg.[2]
Fakta Segera Lahir, Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu ...
Lahir | (1991-08-05) 5 Ogos 1991 (umur 32) Monterrey, Mexico |
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Mexico |
Entri | 12 |
Kemenangan | 0 |
Podium | 0 |
Mata kerjaya | 0 |
Petak pertama | 0 |
Pusingan terpantas | 1 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2013 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Abu Dhabi 2023 |
Tutup
Pada tahun 2008, beliau memenangi kejuaraan Formula BMW Europe,[3] dan menjadi pemandu Mexico yang pertama untuk memenangi Kejuaraan Antarabangsa pada umur 17 tahun. Beliau juga memenangi kejuaraan GP3 Series yang pertama pada tahun 2010. Beliau juga menjadi graduan GP3 yang pertama untuk mendapat tempat ketiga teratas dalam GP2 pada kejuaraan tahun 2012.