From Wikipedia, the free encyclopedia
Nicolas "Nico" Hülkenberg (lahir pada 19 Ogos 1987 di Emmerich am Rhein, North Rhine-Westphalia, Jerman Barat) ialah seorang pemandu kereta lumba profesional. Beliau ialah juara GP2 Series pada tahun 2009, dan merupakan bekas juara untuk Formula 3 Euro Series dan A1 Grand Prix, sebahagian daripada A1 Team Germany. Beliau ialah salah seorang daripada tiga pemandu sejak tahun 2005 untuk memenangi kejuaraan GP2 pada musim pertama mereka, yang lain ialah Lewis Hamilton and Nico Rosberg.
Lahir | Emmerich am Rhein, Jerman | 19 Ogos 1987
---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |
Kewarganegaraan | Jerman |
Pasukan 2024 | Haas-Ferrari |
Entri | 206 (203 permulaan) |
Kejuaraan | 0 |
Kemenangan | 0 |
Podium | 0 |
Mata kerjaya | 530 |
Petak pertama | 1 |
Pusingan terpantas | 1 |
Perlumbaan pertama | Grand Prix Bahrain 2010 |
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Abu Dhabi 2023 |
Kedudukan 2023 | Ke-16 (9 mata) |
Hülkenberg berlumba dalam Formula Satu pada tahun 2010 dengan pasukan Williams. Walaupun mendapat petak pertama yang pertama bagi Williams dalam masa lebih 5 tahun, beliau tidak dikekalkan oleh pasukan tersebut bagi musim 2011, dan menyertai Force India sebagai pemandu ujian dan simpanan. Beliau berlumba untuk mereka bagi musim 2012, dan menjadi rakan sepasukan Paul di Resta.[1][2] Untuk musim 2013, beliau berlumba untuk Sauber[3] dan menjadi rakan sepasukan Esteban Gutiérrez.[4]
Hülkenberg bermula dalam sukan go-kart pada tahun 1997, pada umur sepuluh tahun. Pada tahun 2002, beliau menjadi juara German Junior Karting dan pada tahun berikutnya beliau memenangi gelaran German Kart Championship.[5]
Hülkenberg memandu sebuah kereta Formula Satu buat kali pertama dalam sebuah ujian untuk pasukan Williams pada tahun 2007. Pengurus beliau, Willi Weber, telah menganjurkan ujian tersebut selepas gagal untuk memuktamadkan sebuah perjanjian dengan ketua pasukan Renault, Flavio Briatore. Ujian dua hari tersebut telah diadakan di Circuito de Jerez di Sepanyol, dan Hülkenberg mengatasi pemandu Williams, Kazuki Nakajima, dan menetapkan masa 0.4 saat lebih perlahan daripada Nico Rosberg.[6] Prestasi Hülkenberg tersebut pada ujian tersebut menyebabkan pasukan Williams menandatangani beliau sebagai pemandu ujian, dan beliau beraksi dalam beberapa sesi ujian, di samping berlumba dalam perlumbaan kejuaraan formula yang lebih rendah.[6] Kontraknya bersama Williams telah dilanjutkan bagi tahun 2009.[7] Hülkenberg juga bertindak sebagai pemandu simpanan pasukan itu, sekiranya pemandu yang biasa yang tidak mampu untuk bersaing.
Pada 2 November 2009, Hulkenberg telah disahkan sebagai pemandu pasukan Williams pada tahun 2010.[8] Rakan sepasukannya ialah pemandu berpengalaman, Rubens Barrichello, yang menyertai pasukan Williams daripada pasukan Brawn GP, yang kemudiannya dibeli oleh Mercedes-Benz.
Hülkenberg membuat penampilan sulungnya di Grand Prix Bahrain, di mana beliau mendapat tempat ke-14. Pada perlumbaan kedua di Australia, beliau telah terlibat dalam sebuah insiden pada pusingan pertama dengan Kamui Kobayashi. Pada perlumbaan ketiga di Malaysia, Hülkenberg berjaya memasuki Q3 buat kali pertama, di mana beliau mendapat tempat kelima pada pusingan kelayakan tersebut. Ketika Hülkenberg berada di tempat kesebelas, Fernando Alonso bersara daripada perlumbaan selepas mengalami kegagalan enjin. Dengan ini, Hülkenberg menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Beliau sekali lagi mendapat tempat kesepuluh di Silverstone, dan mendapat tempat keenam di Grand Prix Hungary. Beliau juga mendapat mata di Itali, Singapura, dan Korea. Menjelang penghujung musim ini, terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa Hülkenberg akan kehilangan kerusi perlumbaannya di Williams, dan akan digantikan oleh juara GP2 Series, Pastor Maldonado.[9] Pemandu Force India, Adrian Sutil, juga dikaitkan untuk menggantikan Hülkenberg di Williams.
Pada 6 November, beliau mendapat petak pertamanya yang sulung dalam Formula Satu di Grand Prix Brazil. Ini merupakan kedudukan petak pertama yang pertama bagi Williams sejak Grand Prix Eropah 2005. Namun begitu, Hülkenberg menamatkan perlumbaan ini di tempat kelapan.
Selepas Grand Prix Abu Dhabi, ketua pasukan, Frank Williams, mengesahkan bahawa Hülkenberg tidak akan memandu bersama mereka pada tahun 2011.[10]
Pada 26 Januari, Hülkenberg telah disahkan sebagai pemandu simpanan Force India bagi musim 2011, di mana beliau akan memandu untuk pasukan pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat.[11] Beliau mengantikan Paul di Resta, yang telah diberikan peluang untuk berlumba untuk pasukan. Beliau menggantikan di Resta pada sesi latihan pertama bagi kesemua perlumbaan, kecuali di Monaco, Hungary, Korea, India dan Abu Dhabi. Pada 16 Disember 2011, Force India mengumumkan bahawa di Resta dan Hülkenberg akan menjadi pemandu mereka bagi musim 2012.
Hülkenberg bermula di tempat kesembilan di Grand Prix Australia, enam tempat di hadapan di Resta, tetapi perlumbaan beliau berakhir pada pusingan pertama selepas mengalami kemalangan pada selekoh pertama. Beliau mendapat mata pertama beliau untuk Force India pada hujung minggu yang berikut, di Malaysia. Beliau mendapat tempat kesembilan, setelah memulakan perlumbaan di tempat ke-16. Beliau sekali lagi bermula di tempat ke-16, kini di Grand Prix China. Beliau mendapat keputusan terbaiknya dengan mendapat tempat keempat di Grand Prix Belgium. Hülkenberg gagal mendapat sebarang mata di Itali atau Singapura, tetapi mengumpul mata pada kesemua lima Grand Prix seterusnya, kecuali di Litar Yas Marina di mana beliau telah terlibat dalam sebuah insiden pada selekoh pertama perlumbaan, dan kemudiannya bersara.
Dalam perlumbaan terakhir musim ini, iaitu Grand Prix Brazil 2012, Hülkenberg memulakan perlumbaan di tempat ketujuh, tetapi telah dinaikkan ke tempat keenam selepas Pastor Maldonado menerima penalti sepuluh petak kedudukan. Setelah beraksi dengan cemerlang dalam keadaan hujan, beliau berjaya mendahului perlumbaan dan seakan-akan hampir memenangi perlumbaan pertama dalam kerjayanya. Namun beliau terlibat dalam sebuah insiden bersama Lewis Hamilton, yang berlumba dalam perlumbaan terakhirnya untuk pasukan McLaren, dan menyebabkan Hamilton bersara. Hülkenberg pulih kembali untuk menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
Hülkenberg menamatkan musim ini dengan 17 mata di hadapan rakan sepasukan, Paul di Resta. Di samping itu, Hülkenberg memulakan 12 perlumbaan di hadapan di Resta.
Pada 31 Oktober 2012, Sauber mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak Hülkenberg sebagai pemandu pertama mereka bagi musim 2013, dan mengantikan Sergio Pérez yang menyertai pasukan McLaren.[12]
Di Australia, Hülkenberg gagal untuk memulakan perlumbaan tersebut kerana terdapat kebocoran dalam sistem bahan api Sauber C32 beliau. Pada pusingan kelayakan bagi perlumbaan tersebut, beliau memasuki Q2 dan akhirnya mendapat tempat kesebelas, namun menarik diri daripada perlumbaan atas sebab-sebab keselamatan.[13][14]
Di Grand Prix Malaysia, Hülkenberg memasuki Q2 dan melayakkan diri di tempat ke-12, dan menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kelapan.[15]
Musim | Siri | Pasukan | Perlumbaan | Kemenangan | P/Pertama | P/Terpantas | Podium | Mata | Kedudukan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2005 | Formula BMW ADAC | Josef Kaufmann Racing | 20 | 8 | 9 | 6 | 14 | 287 | Pertama |
Formula BMW World Final | 1 | 0 | 0 | 1 | 1 | N/A | Ke-3 | ||
2006 | German Formula Three | Josef Kaufmann Racing | 18 | 1 | 3 | 5 | 6 | 78 | Ke-5 |
V de V Challenge Endurance Moderne | Griffith's | 2 | 1 | 2 | ? | 1 | 50 | Ke-17 | |
2006–07 | A1 Grand Prix | A1 Team Germany | 20 | 9 | 3 | 5 | 14 | 128 | Pertama |
2007 | Formula 3 Euro Series | ASM Formule 3 | 20 | 4 | 2 | 3 | 8 | 72 | Ke-3 |
Macau Grand Prix | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | N/A | Ke-23 | ||
Masters of Formula 3 | 1 | 1 | 0 | 0 | 1 | N/A | Pertama | ||
2008 | Formula 3 Euro Series | ART Grand Prix | 20 | 7 | 6 | 7 | 8 | 87 | Pertama |
Masters of Formula 3 | 1 | 0 | 1 | 0 | 1 | N/A | Ke-2 | ||
2008–09 | GP2 Asia Series | ART Grand Prix | 4 | 1 | 2 | 0 | 2 | 27 | Ke-6 |
2009 | GP2 Series | ART Grand Prix | 20 | 5 | 3 | 5 | 10 | 100 | Pertama |
Formula Satu | AT&T Williams | Pemandu ujian | |||||||
2010 | Formula Satu | AT&T Williams | 19 | 0 | 1 | 0 | 0 | 22 | Ke-14 |
2011 | Formula Satu | Force India F1 Team | Pemandu ujian | ||||||
2012 | Formula Satu | Sahara Force India F1 Team | 20 | 0 | 0 | 1 | 0 | 63 | Ke-11 |
2013 | Formula Satu | Sauber F1 Team | 12 | 0 | 0 | 0 | 0 | 17* | Ke-14* |
* Musim sedang dijalankan.
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas
Tahun | Kemasukan | Casis | Enjin | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | WDC | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2010 | AT&T Williams | Williams FW32 | Cosworth CA2010 2.4 V8 | BHR 14 |
AUS Ret |
MAL 10 |
CHN 15 |
ESP 16 |
MON Ret |
TUR 17 |
CAN 13 |
EUR Ret |
GBR 10 |
GER 13 |
HUN 6 |
BEL 14 |
ITA 7 |
SIN 10 |
JPN Ret |
KOR 10 |
BRA 8 |
ABU 16 |
Ke-14 | 22 | |
2011 | Force India F1 Team | Force India VJM04 | Mercedes FO 108Y 2.4 V8 | AUS TD |
MAL TD |
CHN TD |
TUR TD |
ESP TD |
MON | CAN TD |
EUR TD |
GBR TD |
GER TD |
HUN TD |
BEL TD |
ITA TD |
SIN | JPN TD |
KOR | IND | ABU | BRA TD |
– | – | |
2012 | Sahara Force India F1 Team | Force India VJM05 | Mercedes FO 108Z 2.4 V8 | AUS Ret |
MAL 9 |
CHN 15 |
BHR 12 |
ESP 10 |
MON 8 |
CAN 12 |
EUR 5 |
GBR 12 |
GER 9 |
HUN 11 |
BEL 4 |
ITA 21† |
SIN 14 |
JPN 7 |
KOR 6 |
IND 8 |
ABU Ret |
USA 8 |
BRA 5 |
Ke-11 | 63 |
2013 | Sauber F1 Team | Sauber C32 | Ferrari 056 2.4 V8 | AUS DNS |
MAL 8 |
CHN 10 |
BHR 12 |
ESP 15 |
MON 11 |
CAN Ret |
GBR 10 |
GER 10 |
HUN 11 |
BEL 13 |
ITA 5 |
SIN |
JPN |
KOR |
IND |
ABU |
USA |
BRA |
Ke-14* | 17* |
† Pemandu tidak menamatkan Grand Prix, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.