From Wikipedia, the free encyclopedia
Ernest Borgnine (/ˈbɔːrɡnaɪn/; lahir Ermes Effron Borgnino (sebutan bahasa Itali: [borˈɲiːno]); 24 Januari 1917 – 8 Julai 2012) ialah seorang pelakon dan pelakon suara Amerika yang memenangi Golden Globe, BAFTA, Anugerah Akademi dan Anugerah Emmy sebagai pelakon terbaik. Beliau menceburi kerjaya lakonan sejak tahun 1951 sehingga kematiannya pada tahun 2012. Seorang penghibur yang popular, beliau juga muncul sebagai tetamu dalam banyak rancangan bual bicara dan sebagai panelis dalam beberapa rancangan permainan. Beliau juga dikenali sebagai suara asal Mermaid Man pada siri animasi televisyen, SpongeBob SquarePants, peranan yang dimainkannya dari tahun 1999 hingga kematiannya pada tahun 2012.
Ernest Borgnine | |
---|---|
Kelahiran | Ermes Effron Borgnino 24 Januari 1917 Hamden, Connecticut, A.S. |
Meninggal dunia | 8 Julai 2012 95) Los Angeles, California, A.S. | (umur
Sebab kematian | Kegagalan buah pinggang |
Pekerjaan | Pelakon, pelakon suara |
Tahun aktif | 1947–2012 |
Pasangan | Rhoda Kemins (k. 1949; c. 1958) Katy Jurado (k. 1959; c. 1963) Ethel Merman (k. 1964; c. 1965) Donna Rancourt (k. 1965; c. 1972) Tova Traesnaes (k. 1973; kematiannya 2012) |
Anak-anak | 4 |
Kerjaya ketenteraan | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Tentera Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1935–1941, 1942–1945 |
Pangkat | Gunner's mate, Kelas pertama CPO kehormat |
Pertempuran | Perang Dunia II |
Tandatangan | |
Borgnine berkahwin lima kali. Perkahwinan pertamanya, dari 1949 hingga 1958, ialah kepada Rhoda Kemins, yang beliau bertemu ketika berkhidmat di Angkatan Laut.[1] Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Nancee (lahir 28 Mei 1952). Beliau kemudiannya berkahwin dengan pelakon Katy Jurado dari 1959 hingga 1963. Perkahwinan Borgnine kepada penyanyi Ethel Merman pada tahun 1964 hanya selama 32 hari. Masa mereka bersama-sama kebanyakannya dihabiskan untuk melemparkan penghinaan yang tidak senonoh di antara satu sama lain, dan kedua-duanya kemudian mengakui bahawa perkahwinan itu adalah kesilapan besar. Perceraian mereka telah dimuktamadkan pada 25 Mei 1965.
Dari 1965 hingga 1972, Borgnine telah berkahwin dengan Donna Rancourt, yang mempunyai anak lelaki, Cristopher (lahir 9 Ogos 1969) dan dua orang anak perempuan, Sharon (lahir 5 Ogos 1965) dan Diana (lahir 29 Disember 1970). Pernikahan kelima dan terakhirnya ialah Tova Traesnaes. Borgnine meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang pada 8 Julai 2012 di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles, California.[2] Beliau berusia 95 tahun.[3] Berikutan kematiannya, Nickelodeon memberi penghormatan kepadanya dengan dua jam maraton SpongeBob SquarePants yang memaparkan episod yang memfokuskan kepada wataknya.[4][5]
Tahun | Anugerah | Kategori | Tajuk | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1955 | Anugerah Akademi | Pelakon Terbaik dalam Peranan Utama | Marty | Menang |
BAFTA Award | Best Foreign Actor | Menang | ||
Golden Globe Award | Best Actor – Motion Picture Drama | Menang | ||
NBR Award | Best Actor | Menang | ||
NYFCC Award | Best Actor | Menang | ||
1959 | Locarno International Film Festival | Best Actor | The Rabbit Trap | Menang |
1962 | Emmy Award | Outstanding Continued Performance by an Actor in a Series (Lead) | McHale's Navy | Tercalon |
1979 | Outstanding Supporting Actor in a Limited Series or a Special | All Quiet on the Western Front | Tercalon | |
1981 | Anugerah Raspberi Emas | Worst Supporting Actor | Deadly Blessing | Tercalon |
1999 | Emmy Award | Outstanding Performer in an Animated Program | All Dogs Go to Heaven: The Series | Tercalon |
2007 | Golden Globe Award | Best Actor in a Mini-Series or a Motion Picture Made for Television | A Grandpa for Christmas | Tercalon |
2009 | Emmy Award | Outstanding Guest Actor in a Drama Series | ER: And in the End... | Tercalon |
2009 | Lifetime Achievement Award | from the Rhode Island International Film Festival | Menang | |
2011 | Screen Actors Guild Life Achievement Award | from the Screen Actors Guild | Menang |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.