Eratosthenes
From Wikipedia, the free encyclopedia
Eratosthenes (Bahasa Yunani Kuno: Ἐρατοσθένηςcode: grc is deprecated , sekitar 276 BC[1] – sekitar 195 SM[2]) adalah seorang ahli matematik, penyair, atlet, ahli geografi, ahli astronomi, dan ahli teori muzik Yunani. Ia dilahirkan di Cyrene, Libya, dan wafat di Alexandria, Mesir.
Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Eratosthenes (Ἐρατοσθένηςcode: grc is deprecated ) | |
---|---|
![]() Potret Eratosthenes | |
Kelahiran | 276 BC Cyrene |
Meninggal dunia | 194 BC |
Pekerjaan | Cendekiawan, pustakawan, penyair dan pencipta |
Tutup
Sumbangan utamanya ialah pengiraan panjang lilitan bumi. Nilai yang didapatinya adalah hampir 25,000 batu, tidak jauh dari nilai sekarang iaitu 24,900 batu. Eratosthenes juga mengatakan bahawa India boleh didatangi dengan belayar ke barat (pada masa itu pelayaran ke India hanya ke arah timur). Daripada kesamaan air pasang dan air surut di lautan Hindi dan lautan Atlantik, Eratosthenes berpendapat kedua-dua lautan itu mesti bercantum di selatan benua Afrika.