Entropion
keadaan perubatan berkenaan kelopak mata terlipat ke dalam / From Wikipedia, the free encyclopedia
Entropion ialah satu keadaan perubatan yang melibatkan kelopak mata (biasanya kelopak bawah) melipat ke dalam. Keadaan ini sangat kurang menyelesakan, kerana bulu mata selalu tergosok melawan kornea dan merengsakannya. Entropion biasanya disebabkan oleh faktor genetik dan jarang sekali bersifat kongential apabila lipatan kulit tambahan tumbuh dengan kelopak mata bawah (epiblefaron)[perlu rujukan]. Entropion juga boleh mewujudkan nyeri sekunder mata (membawa kepada trauma sendiri, pemarutan kelopak mata, atau kerosakan saraf). Kelopak atas atau bawah boleh terlibat, dan salah satu atau kedua-dua biji mata boleh terjejas. Apabila entropion berlakup ada kedua-dua biji mata, ini dikenali sebagai "entropion dwisisi". Jangkitan trakoma boleh menyebabkan pemarutan kelopak mata dalaman, yang boleh menyebabkan entropion. Dalam kes manusia, keadaan ini paling biasa pada orang melebihi umur 60 tahun.[1]