From Wikipedia, the free encyclopedia
Empayar Ashanti, atau Empayar Asante (ataupun Konfederasi Ashanti), juga dikenali sebagai Asanteman (1701–1957), ialah sebuah negara berdaulat Afrika Barat yang terdiri daripada bangsa etnik Akan dari wilayah-wilayah Ashanti, Brong-Ahafo, Tengah, Timur, Accra Raya, dan Barat, yang kini terletak di Ghana Selatan. Orang Ashanti (atau Asantefo) berasal daripada bangsa Akan. Mereka merupakan masyarakat Afrika Barat yang berdisiplin dan yang memiliki sikap kepahlawanan, yang menduduki kawasan yang disebut "Tanah Akan". Mereka menggunakan kuasa ketenteraan, yang timbul daripada strtegi berkesan serta penggunaan awal senjata api Eropah, untuk membuat sebuah empayar yang menjangkau dari Ghana tengah sehingga ke apa yang kini Benin dan Ivory Coast; bersempadan dengan kerajaan Dagomba di utara dan Dahomey di timur. Ekoran daripada kekuatan ketenteraan, kekayaan, seni bina, hierarki serta kebudayaan yang canggih, empayar Ashanti dikaji dan memiliki sumber pensejarahan yang paling luas yang diusahakan para pengkaji Eropah, khususnya British, buat sebuah entiti politik Afrika Sub-Sahara.
Kerajaan Ashanti Asanteman (Akan) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1670–1902 1935–1957 | |||||||||||||
| |||||||||||||
Status | Kesatuan negeri, Negeri naungan British (1896-1900, 1900-1957) | ||||||||||||
Ibu negara | Jata Kumasi Kumasi | ||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Akan (rasmi) | ||||||||||||
Agama | Agama Akan | ||||||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||||||
• 1670-1717 (raja pertama) | Osei Tutu | ||||||||||||
• 1888-1896 (raja ke-13, Asanteman merdeka) | Prempeh I | ||||||||||||
• 1931-1957 (raja terakhir Asanteman merdeka) | Prempeh II | ||||||||||||
• 1999-kini (sub-Negara bangsa di dalam Ghana) | Osei Tutu II | ||||||||||||
Badan perundangan | Asante Kotoko (Majlis Kumasi)[1] & Asantemanhyiamu (Dewan Perhimpunan Kebangsaan) | ||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||
• Didirikan | 1670 | ||||||||||||
• Kemerdekaan daripada Denkyira | 1701 | ||||||||||||
• Neheri naungan British | 1896 | ||||||||||||
• Kemerdekaan daripada Britain | 1935 | ||||||||||||
• Kesatuan negeri dengan Ghana | 1957 | ||||||||||||
• Kesatuan negeri | Kini | ||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||
1874[2] | 259,000 km2 (100,000 bt2) | ||||||||||||
Populasi | |||||||||||||
• 1874[2] | 3000000 | ||||||||||||
Mata wang |
| ||||||||||||
| |||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Ghana Kerajaan Ashanti:
|
Empayar ini diperintah secara mutlak oleh seorang pembesar bergelar Asantehene. Ketua ini dipilih dalam kalangan puak (abusua) Oyoko melalui Osei Tutu yang membentuk empayar ini secara asasnya pada abad ke-18.[3]
Raja ini bersemayam di Kumasi selaku kota dirajanya. Takhtanya suatu bangku melengkung disaluti emas iaitu Sika 'dwa yang turut menjadi lambang kekuasaaan baginda.[4] Pemangku kuasa ini apabile raja ini mangkat atau terlalu muda disebut sebagai Awisiahene dipilih dalam kalangan kerabat baginda yang berkelayakan disebut Mamponghene.[5]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.