From Wikipedia, the free encyclopedia
Ekspedisi Khalid bin al-Walid,[5] ke Daumat al-Jandal, bagi menyerang "raja" Arab Kristian daerah Duma, berlangsung pada bulan Mac 632 M bersamaan tahun 9 H[3][5][6][7] atau Oktober 630 M mengikut pendapat William Montgomery Watt.[1]
Ekspedidi Daumat al-Jandal oleh Khalid bin al-Walid | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Khalid bin al-Walid | Ukaidir | ||||||
Kekuatan | |||||||
420 askar berkuda[1][3] | Tidak diketahui | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
0 | Saudara lelaki Ukaidir terbunuh[3][4] |
Pihak Rom bersetuju untuk berundur dari utara Semenanjung Arab, akan tetapi Nabi Muhammad (SAW) risau akan kedudukan 'kerajaan' Duma yang merupakan kerajaan ufti Byzantine (atau Rom), dan mengesyaki Duma akan melakukan serangan sebaik sahaja pihak Byzantine pulang ke wilayah itu. Justeru, baginda menghantar Khalid bin al-Walid serta askar berkudanya untuk menyerang Duma.[8]
Ekpsedisi ini berlaku selepas Pertempuran Tabuk dan pertempuran yang berlaku dalam ekspedisi ini tidak menimbulkan masalah pada Khalid.
Khalid bin al-Walid dihantar bersama-sama 450 askar berkuda (420 mengikut sumber-sumber lain[4]).
Apabila sampai di Duma, Khalid mendapati bahawa Ukaidir dan saudara lelakinya tengah memburu dan berada di luar kota. Khalid menyerang kedua-dua orang ini dan berjaya menawan Ukaidir dan membunuh saudaranya.[4] Namun demikian penduduk kota mengunci pintu masuk sehinggalah Khalid mengugut akan membunuh Ukaidir sekiranya mereka berdegil.[2]
Khalid membawa Ukaidir pulang bertemu Nabi Muhammad dengan Ukaidir berpakaian penuh bersulam emas. Ukaidir bersetuju membuat bayaran tebusan merangkumi 2,000 ekor unta, 800 orang hamba, 400 pasang baju besi, dan 400 bilah tombak, dan membuat bayaran jizyah.[2] Nabi Muhammad juga menawarkan Islam kepada Ukaidir dan beliau bersetuju untuk memeluk agama itu. Tampuk kerajaan Duma dipulangkan kepada Ukaidir selepas beliau memeluk Islam dan beliau menjadi sekutu Nabi Muhammad.[8]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.