Edward Snowden
From Wikipedia, the free encyclopedia
Edward Joseph Snowden (lahir 21 Jun 1983) ialah seorang bekas pekerja dan subkontraktor Agensi Perisikan Pusat yang dikenali atas tindakan menyalin dan meniris maklumat sulit tinggi (highly classified information) milik Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat pada 2013 kepada orang ramai yang membongkarkan banyak program pengintipan global kelolaan agensi tersebut serta Five Eyes Intelligence Alliance dengan kerjasama syarikat telekom yang banyak menimbulkan kerisauan orang ramai terhadap keselamatan negara serta privasi peribadi yang berkaitan dengan pengunaan teknologi komunasi sekitar.
Edward Snowden | |
---|---|
Kelahiran | Edward Joseph Snowden (1983-06-21) 21 Jun 1983 (umur 40) |
Warganegara | American |
Pendidikan |
|
Pekerjaan | Computer security consultant |
Majikan |
|
Terkenal kerana | Revealing details of classified United States government surveillance programs |
Pasangan | Lindsay Mills (k. 2017) |
Anugerah | Right Livelihood Award |
Laman web rasmi | Templat:ConditionalURL |
Tandatangan | |
Atas pembongkaran yang dilakukan beliau terhadap maklumat sulit tinggi ini Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mendakwa Snowden dua kali tuduhan pecah rahsia melanggar Akta Perisikan 1917 (Espionage Act of 1917) serta tuduhan mencuri harta kerajaan;[1] sehingga pasportnya ditarik balik Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat.[2] Beliau berlindung di Moscow dengan pemberian suaka kepadanya dalam tempoh setahun yang dilanjutkan sehingga selewat-lewatnya 2020. Beliau berumah tangga dan bermastautin di kota tersebut sejak tahun 2017.[3][4]