EA Sports FC 24
From Wikipedia, the free encyclopedia
EA Sports FC 24 [1] ialah permainan video simulasi bertemakan bola sepak yang dibangunkan oleh EA Vancouver dan EA Romania dan diterbitkan oleh EA Sports. Ia merupakan permainan video sulung dalam siri EA Sports FC,[2] menggantikan siri permainan video FIFA selepas perkongsian Electronic Arts dengan FIFA berakhir pada FIFA 23. EA Sports FC 24 ialah permainan simulasi bola sepak EA Sports yang ke-31,[1][3] dan telah dikeluarkan pada 29 September 2023 untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Windows, Xbox One dan Xbox Series X/S.[4]
Fakta Segera EA Sports FC 24, Pembangun ...
EA Sports FC 24 | |
---|---|
Pembangun | EA Vancouver EA Romania |
Penerbit | EA Sports |
Siri | EA Sports FC |
Enjin | Frostbite 3 |
Platform | |
Pelepasan | 29 September 2023 |
Genre | Bola sepak |
Tutup