From Wikipedia, the free encyclopedia
Dunia Baru merupakan drama Melayu terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) yang berkisar mengenai kehidupan mahasiswa di universiti. Dalam drama ini, Universiti Industri Selangor dijadikan sebagai lokasi pengambaran drama ini. Drama ini pernah ditayangkan di TV3 dan mempunyai 3 musim. Drama ini pernah mencapai rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton. Musim pertama dan kedua drama ini diarahkan oleh M. Hitler Zami. Dan musim ketiganya diarah oleh Feroz Khan. Filemnya diarah oleh M. Hitler Zami.
Dunia Baru | |
---|---|
Genre | Drama Komedi Cinta |
Pengarah | M. Hitler Zami (musim 1-2) Feroz Khan (musim 3) |
Dibintangi oleh | Elyana Pierre Andre Ellyas Abdullah Anne Ngasri Almy Nadia Iqram Dinzly Anita Baharom Baizura Kahar Ryzal Jaafar |
Lagu pembukaan | "Pakai Kanta Cinta" nyanyian Elyana |
Lagu penutup | "Jatuh" nyanyian Adam AF2 |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 39 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
Penerbit | Ahmad Puad Onah |
Lokasi | Unisel (musim 1-2) KLIAUC (musim 3) |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
Penyiaran | |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Dunia Baru The Movie |
Penerbit drama ini adalah Ahmad Puad Onah. Penerbit Eksekutif bagi dramanya adalah Jalena Rejab dan Penerbit Eksekutif bagi filemnya adalah Rosihan Zain Baharuddin.
Pencipta dunia baru dan penulis skripnya untuk televisyen dan filem adalah Wan Hasliza Wan Zainuddin.
Dunia Baru menemui penonton di setiap malam Khamis tahun 2006 dan sering mendapat rating tinggi dari pelajar sekolah dan pelajar universiti. Sekaligus tidak lama selepas tamat musim pertama, siri ini disambung ke musim kedua di tahun yang sama.
Untuk musim pertama dan kedua, siri tv ini menjalani penggambaran di Unisel. Tetapi musim ke 3, siri tv ini dijalankan di KLIUC (Kuala Lumpur Infrastructure University College) - kini dikenali sebagai IUKL - Infrastructure University Kuala Lumpur.
Sofia Nordin atau lebih mesra dipanggil sebagai Opie ialah seorang remaja berusia 18 tahun yang baru mendaftar di sebuah universiti. Di hari pendaftaran, dia berkenalan dengan Muhammad Adif, seorang rakan sekuliah (bidang kejuruteraan mekanikal) yang pemalu. Kedua-dua mereka menaruh hati antara satu sama lain tetapi malu untuk mengakuinya. Menerusi persahabatan itu, Opie dan Adif membentuk sekumpulan rakan-rakan yang terdiri daripada Madihah , Anizah dan Suzana yang merupakan teman serumah Opie, manakala Adif bersama Tajul - rakan sekuliah dan teman serumahnya. Bermulalah kehidupan mereka sebagai freshie di universiti tersebut. Ia berterusan hingga ada antara mereka yang berkahwin muda, ada yang mabuk cinta dan ada yang begitu gila menguruskan perniagaan di kampus.
Pelakon | Watak | Siri | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | The Movie | Reunion | |||
Watak-watak Utama | |||||||
Elyana | Sofia Nordin | Utama | |||||
Pierre Andre | Muhammad Adif Ibrahim | Utama | |||||
Ellyas Abdullah | Tajul Amri Khairuddin | Utama | |||||
Anne Ngasri | Madihah Dato' Abdul Ghani | Utama | |||||
Anita Baharom | Dayang Anizah Awang Karim | Utama | |||||
Almy Nadia | Suzanna Ghazali | Utama | |||||
Que Haidar | Umarah | Utama | |||||
Baizura Kahar | Erika | Utama | |||||
Iqram Dinzly | Ahmad Darius Dato' Ahmad Rakhil | Utama | |||||
Beto Kusyairy | Utama | ||||||
Fikhree Bakar | Azlan | Utama | |||||
Ryzal Jaafar | Yusof | Berulang | Utama | Berulang | |||
Zazleen Zulkifli | Sariah / Mariah | Berulang | Tetamu | Utama | |||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.