Duci Normandie (bahasa Inggeris: Duchy of Normandy, Perancis: Duché de Normandie) muncul pada tahun 911 akibat daripada Perjanjian Saint-Clair-sur-Epte di antara Raja Charles III dari Francia Barat dan Rollo, pemimpin puak Viking. Duchy telah dinamakan bersempena dengan nama penduduknya iaitu orang Norman.

Fakta Segera Duché de NormandieDucatus Normanniae, Status ...
Duci Normandy
Duché de Normandie
Ducatus Normanniae
911–1259/1469
Thumb
Jata
Thumb
Sempadan sejarah Normandy di barat laut Perancis dan Channel Islands
StatusNegeri naungan kepada kerajaan beraja Perancis
Ibu negaraRouen
Bahasa yang umum digunakanLatin
Norman Tua
Agama
Agama Norse
Katolik Rom
KerajaanMonarki feudal
Duke Normandy 
 911–927
Rollo (pertama)
 1035–1087
William si Penakluk
 1144–1150
Geoffrey Plantagenet
 1199–1216 (1204)
John Lackland (terakhir)
Era SejarahZaman Pertengahan
 Perjanjian Saint-Clair-sur-Epte
911
1066
 Normandy ditakluk oleh Anjou
1144
 Normandy ditakluk oleh Mahkota Perancis
1204
 Perjanjian Paris
1259
 Cincin Ducal dimusnahkan
1469
 Gelaran ducal nominal Perancis dihapuskan
1790
Mata wangDenier (penny Rouen)
Diganti oleh
Kerajaan beraja Perancis Jata kerajaan beraja Perancis
Kerajaan beraja England Armorial Plantagenet
Sekarang sebahagian dari Perancis
 Guernsey
 Jersey
Tutup

Bermula pada tahun 1066 sehingga tahun 1204, ia telah dikuasai oleh raja-raja England, kecuali bagi tempoh singkat pemerintahan Robert Curthose (1087–1106), anak lelaki bongsu kepada William si Penakluk tetapi tidak berjaya menuntut takhta England; dan Geoffrey Plantagenet (1144–1150), suami kepada Maharani Matilda dan ayah kepada Henry II.

Pada tahun 1202, Philip II dari Perancis mengistiharkan Normandy dilepaskan kepada beliau dan merampasnya menggunakan tentera pada tahun 1204. Ia kekal menjadi wilayah yang dipertikaikan sehingga Perjanjian Paris pada tahun 1259, apabila pemerintah England melepaskan tuntutannya kecuali Kepulauan Channel; iaitu Bailiwicks di Guernsey dan Jersey, dan jajahannya (termasuk Sark).

Dalam kerajaan Perancis, duchy kadang-kala diasingkan sebagai sebuah appanage untuk ditadbir oleh seorang anggota keluarga diraja. Selepas tahun 1469, ia disatukan secara kekal ke dalam jajahan raja, walaubagaimanapun gelaran kadang kala diberikan sebagai satu gelaran kehormat kepada anggota baharu dari keluarga diraja. Duke Normandy Perancis terakhir bagi situasi ini adalah Louis-Charles, duke bermula pada tahun 1785 sehingga tahun 1789.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.