Bunduki[1] (Jawi: بندقي atau بوندوکي) atau dukat (bahasa Itali: ducato) adalah wang logam emas atau perak yang digunakan se-Eropah dari akhir Zaman Pertengahan sampai abad ke-20. Ada berbagai macam jenis bunduki dengan kandungan logam dan nilai jual beli yang berbeza-beza. Ia diterima secara luas dalam perdagangan antarabangsa sepanjang zaman ini sebagaimana hiperpiron Bizantium dan florin Firenze, atau pound sterling Inggeris dan dolar Amerika Syarikat pada zaman moden.[2]

Maklumat lanjut Raja Ruggeru II ...
Bunduki perak Raja Ruggeru II
Thumb
+IC XC RC IN ÆTRN, gambar Yesus paras dada menghadap berlatar awan memegang Kitab Injil R•R SLS (Raja Ruggeru I) dan R•DX•AP (putera baginda) berdiri menghadap depan, memegang tongkat salib panjang di antara keduanya; AN R X sepanjang tongkat.
Tutup

"Bunduki" asalnya dari bentuk kata sifat nama Arab اَلْبُنْدُقِيَّةُ Al-Bunduqiyah untuk kota Venezia (jika dimelayukan: بندقيَة Bundukiah)[3] cerminan hubungan perdagangan Republik pemerintah kota tersebut dengan kerajaan Uthmaniyah yang menguasai tanah-tanah Arab ketika itu.[4] Nama setempatnya ducato berasal dari bahasa Latin Pertengahan ducatus yang bererti "milik duca" turunan Latin dux; ia mula diungkapkan dalam wang ditempa pada tahun 1140 zaman pemerintahan Raja Ruggeru II penguasa Siqiliyah merangkap pembesar Apulia di mana ia memaparkan gambar Yesus dengan tulisan:

Sit tibi, Christe, datus, quem tu regis iste ducatus

("Biarlah dipersembahkan kepada-Mu, wahai Kristus, kerajaan yang Engkau perintah ini.")

Unit mata wang ini kemudiannya ditiru pembesar republik Enrico Dandolo dengan logam perak. Namun, pengunaan wang ini yang meluas seluruh kota tersebut menjadikan semua unit mata wang kota diungkapkan sebagai ducato sedangkan wang perak asal itu berganti namamenjadi grosso.[5]

Rujukan

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.