From Wikipedia, the free encyclopedia
Douglas Costa de Souza (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈdowɡlɐs ˈkɔstɐ]; lahir 14 September 1990) merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang bermain di posisi sayap untuk kelab Itali, Juventus dan pasukan kebangsaan Brazil. Beliau amat dikenali dengan kemahiran menggelecek, kepantasan dan kemampuan membuat hantaran bola.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Douglas Costa de Souza[1] | ||
Tarikh lahir | 14 September 1990 | ||
Tempat lahir | Sapucaia do Sul, Brazil | ||
Ketinggian | 1.72 m (5 ka 8 in)[2] | ||
Posisi permainan | Sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Juventus | ||
Nombor | 11 | ||
Kerjaya remaja | |||
2001–2002 | Novo Hamburgo | ||
2002–2008 | Grêmio | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2008–2010 | Grêmio | 29 | (2) |
2010–2015 | Shakhtar Donetsk | 141 | (29) |
2015–2018 | Bayern Munich | 50 | (8) |
2017–2018 | → Juventus (pinjam) | 31 | (4) |
2018– | Juventus | 17 | (1) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2009 | Brazil B20 | 12 | (4) |
2014– | Brazil | 31 | (3) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 2 Februari 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 November 2018 |
Costa memulakan kariernya di kelab Grêmio sebelum berpindah ke Shakhtar Donetsk pada Januari 2010 dengan bayaran perpindahan sebanyak €6 juta. Beliau telah meraih beberapa trofi ketika di Shakhtar termasuk merangkul pencapaian "treble" di peringkat domestik pada musim 2010–11 (Liga Perdana, Piala Ukraine dan Piala Super). Pada tahun 2015, beliau berpindah ke Bayern Munich dengan perpindahan sebanyak €30 juta dan beliau telah menikmati kejayaan dua gelaran liga berturut-turut. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Juventus pada tahun 2017 dan memenangi kejuaraan berganda di peringkat domestik pada musim sulungnya di Itali. Pada 7 Jun 2018, Juventus mengadakan pembelian tetap terhadapnya.
Sejak melakukan penampilan sulung untuk Brazil pada tahun 2014, Costa telah mewakili negara tanah airnya ke kejohanan Copa América 2015 dan Piala Dunia 2018.
Dilahirkan di Sapucaia do Sul, Rio Grande do Sul, Douglas memulakan kariernya bersama kelab Grêmio sewaktu berusia sebelas tahun.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab ketika berusia 18 tahun dalam perlawanan menentang Botafogo pada 4 Oktober 2008. Beliau turut menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. Beliau menghabiskan musim 2008 dengan menjaringkan satu gol daripada enam perlawanan.[4] Pada 14 Jun 2009, beliau telah dilayangkan kad merah ketika perlawanan terikat seri tanpa jaringan menentang Fluminense.[5] Pada 29 November 2009, beliau menjaringkan gol pertama perlawanan ketika menentang Grêmio Recreativo Barueri yang menyaksikan pasukannya menang 4-2.[6]
Beliau seterusnya menyertai kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk pada 10 Januari 2010. Secara keseluruhannya, Costa telah beraksi dalam 37 perlawanan untuk Grêmio dan menjaringkan dua gol.
Pada 10 Januari 2010, Costa menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Shakhtar Donetsk dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak €6 juta.[7] Penampilan pertamanya ialah pada perlawanan Liga Europa menentang wakil England, Fulham pada 18 Februari yang menyaksikan Shakhtar tewas 2-1. Beliau beraksi sebagai pemain gantian dengan menggantikan Jádson pada minit ke-75.[8] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Shakhtar ketika menewaskan Metalist Kharkiv 2-1 pada 14 Mac 2010.[9] Pada 28 Mac, beliau telah menjaringkan gol pada masa kecederaan ketika menewaskan Arsenal Kyiv 3-1.[10] Seterusnya, beliau sekali lagi meledak gol untuk Shakhtar ketika mereka menang selesa 3-0 ke atas Chornomorets Odesa pada 25 April.[11] Pada 1 Mei, Costa menjaringkan gol lewat permainan ketika Shakhtar menang 2-0 ke atas Metalurh Zaporizhya.[12] Beliau juga menjaringkan gol pada perlawanan menentang Tavriya Simferopol yang menyaksikan Shakhtar menang 3-2 pada 9 Mei.[13]
Dalam musim pertamanya bersama Shakhtar, Douglas telah beraksi dalam 15 perlawanan dan menjaringkan lima gol, di mana kesemua golnya dalam saingan liga. Shakhtar meraih gelaran liga, menandakan trofi pertama Costa bersama Shakhtar.[14]
Penampilan pertama Costa untuk musim 2010–11 ketika perlawanan Piala Super Ukraine menentang Tavriya pada 4 Julai. Pada 30 Julai, beliau menjaringkan gol ketika pasukannya menang 3-1 ke atas Arsenal Kyiv.[15] Pada 28 September, beliau menyudahkan tendangan penalti dan menyumbang kepada dua jaringan Luiz Adriano ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Braga.[16] Pada 16 Februari, beliau menjaringkan gol kedua perlawanan dan menyumbang kepada jaringan Luiz Adriano semasa Shakhtar menewaskan Roma 3-2.[17] Shakhtar seterusnya menang 6-2 menerusi agregat. Pada 25 Mei, beliau beraksi sebagai pemain gantian pada minit ke-95 perlawanan akhir Piala Ukraine menentang Dynamo Kyiv.[18]
Shakhtar menamatkan musim dengan bergaya apabila meraih pencapaian "treble" dengan memenangi Liga Perdana, Piala Ukraine dan Piala Super Ukraine.[19] Costa telah melakukan 39 penampilan untuk kelab dan menjaringkan tujuh gol.
Shakhtar memulakan musim 2011-12 dengan kekalahan Piala Super kepada Dynamo Kyiv pada 5 Julai, di mana Costa beraksi sehingga wisel penamat ditiupkan. Gol pertamanya pada hadir pada 9 September ketika pasukannya melakar kemenangan 5-1 ke atas Volyn Lutsk.[20] Pada 2 Oktober, beliau menjaringkan gol penyamaan ketika menewaskan Zorya Luhansk 4-1.[21]
Sebagai pengakhir musim, Shakhtar telah merangkul trofi Liga Perdana dan Piala Ukraine.[22] Beliau telah beraksi sebanyak 34 perlawanan dan menjaringkan enam gol.
Costa memulakan musim 2012-13 dengan menjaringkan gol ketika Shakhtar menewaskan Metalurh Donetsk dalam kejohanan Piala Super Ukraine. Seterusnya, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam saingan liga pada 3 November 2012 apabila beliau menyempurnakan tendangan penalti ketika menewaskan Metalurh Zaporizhya 2-0.[23]
Dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Costa hanya beraksi sebagai pemain gantian dalam tiga perlawanan dengan jumlah 23 minit permainan sahaja. Shakhtar menduduki tempat kedua di belakang Juventus.[24] Berikutan persembahannya yang cemerlang pada awal musim 2012–13, Costa menjaringkan gol penting Shakhtar ketika menjadi pemain gantian dalam perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Borussia Dortmund pada 13 Februari 2013.[25]
Costa melakukan penampilan pertamanya dalam kejohanan Piala Super Ukraine. Pada pertengahan musim, beliau membantu Shakhtar menjuarai United Supercup 2014, sebuah kejohanan yang diadakan antara kelab teratas di Rusia dan Ukraine. Beliau telah menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Beliau juga membantu Shakhtar menjuarai Liga Perdana dengan menaungi tempat teratas pembantu jaringan terbanyak liga dengan sembilan penghasilan jaringan gol.
Costa beraksi sebanyak 32 perlawanan dan menjaringkan lima gol sewaktu musim terakhirnya di Shakhtar Donetsk.
Pada 1 Julai 2015, Bayern Munich mengumumkan bahawa pihak kelab telah mendapatkan Costa[26] dengan bayaran perpindahan sebanyak €30 juta. Seterusnya, Costa telah menandatangani kontrak selama lima tahun. Pembelian Costa menandakan bahawa beliau merupakan pemain keempat termahal dalam sejarah Bayern. Beliau diberi jersi skuad bernombor 11 yang pernah disarung sebelum ini oleh Xherdan Shaqiri. Beliau melakukan penampilan pertamanya pada 1 Ogos dalam perlawanan DFL-Supercup menentang VfL Wolfsburg. Beliau telah membuat hantaran kepada Arjen Robben untuk menjaringkan gol pembukaan perlawanan namun Bayern tewas menerusi penentuan penalti.[27] Costa menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga ketika membelasah Hamburg 5-0.[28] Pada 21 Mei 2016, Costa menjaringkan gol kemenangan menerusi tendangan penalti ketika menewaskan Borussia Dortmund sekali gus membantu Bayern memenangi trofi DFB-Pokal
Costa menempuh karier yang baik pada musim pertamanya di Bayern dengan menjaringkan tujuh gol daripada 43 perlawanan dalam semua kejohanan. Pada awal musim, beliau telah mempamerkan prestasi yang cemerlang apabila membantu 12 jaringan dalam 13 perlawanan pertamanya. Seterusnya, beliau mengalami kecederaan pada otot dan terlepas empat perlawanan sebelum cuti musim sejuk. Setelah cuti, Costa tidak mampu mengembalikan semula bisanya. Dalam 27 perlawanan Bundesliga, Costa menjaringkan empat gol dan membantu 14 jaringan gol.
Costa dapat beraksi dengan baik ketika Bayern di bawah kendalian Pep Guardiola dengan menjadi pemain utama setiap perlawanan. Akan tetapi, ketibaan jurulatih baru Carlo Ancelotti lebih memilih Franck Ribéry sebagai pemain di posisi sayap kiri. Costa mengalami kecederaan hamstring dan lutut ketika musim dan beraksi dalam 34 perlawanan di semua kejohanan. Beliau menjaringkan tujuh gol dan menyamai jaringannya pada musim yang lalu. Namun, minit permainannya kira-kira kurang 1,400 minit berbanding musim sebelum ini.[29] Costa telah tawar hati dengan pihak pengurusan Bayern apabila beliau telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana kurang beraksi di bawah kendalian Ancelotti. Presiden Bayern Uli Hoeneß telah menuduh Costa kerana cuba untuk menawarkannya kontrak baru apabila Costa secara terbukanya menyatakan tidak pasti akan masa depannya kerana menerima tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris, La Liga, Ligue 1 dan Liga Super China.[30]
Pada 12 Julai 2017, Costa dipinjamkan ke Juventus sehingga penghujung musim 2017–18. Juventus mempunyai pilihan untuk membeli Costa secara tetap pada 1 Julai 2018 dengan bayaran tambahan €40 juta.[31][32][33] Pada 13 Ogos, beliau telah melakukan penampilan pertamanya untuk Juventus ketika aksi Supercoppa Italiana 2017 menentang Lazio.[34] Pada 14 Oktober, Costa menjaringkan gol sulung ketika tewas 2-1 kepada Lazio.[35] Dalam musim sulungnya bersama Juve, beliau mendahului sebagai penggelecek terbanyak (106) dan merekodkan pembantu jaringan kedua terbanyak (14) dalam Serie A.[36]
Pada 7 Jun 2018, Juventus melakukan pembelian tetap perpindahan sebanyak €40 juta dan Costa mencapai persetujuan menandatangani kontrak selama empat tahun.[37] Pada 16 September 2018, ketika perlawanan menentang Sassuolo di Serie A, Costa telah dibuang padang pada masa kecederaan selepas berbalah dengan Federico Di Francesco. Pengurus Juventus Massimiliano Allegri respon dalam persidangan selepas perlawanan menyatakan Costa akan didenda oleh pihak kelab. Costa seterusnya memohon maaf secara terbuka menerusi laman Instagram.[38][39][40] Dua hari berikutnya iaitu pada 18 September, Costa telah digantung empat perlawanan liga kerana kelakuannya yang kasar iaitu menyiku, percubaan untuk menghantuk dan meludah ke arah Federico Di Francesco.[41]
Pada November 2014, Costa telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Brazil buat pertama kali oleh jurulatih Dunga untuk perlawanan menentang Turki.[42]
Pada Mei 2015, Costa telah dipilih ke dalam skuad Brazil untuk kejohanan Copa América 2015.[43] Dalam perlawanan pembukaan, beliau menggantikan Diego Tardelli dan menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika menentang Peru. Jaringan gol tersebut merupakan gol antarabangsa pertama Costa semasa menyarung jersi Seleção. Dalam peringkat suku akhir menentang Paraguay, beliau menggantikan Willian pada 30 minit terakhir selepas permainan terikat seri 1-1 dan diheret ke penentuan penalti. Beliau gagal menyempurnakan tendangan penalti sekali gus menyaksikan Brazil tersingkir dengan serta merta. Pada 17 November, Costa menjaringkan gol keduanya untuk Brazil ketika menang 3-0 ke atas Peru dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018.[44]
Costa pada mulanya disenaraikan ke dalam skuad Copa América Centenario tetapi akhirnya terpaksa dikeluarkan pada Mei 2016 kerana kecederaan teruk dialaminya. Ruang kekosongan tersebut telah diisi oleh Kaká.[45]
Pada Mei 2018, beliau telah disenaraikan oleh pengurus Tite ke dalam skuad Piala Dunia 2018 di Rusia.[46]
Kelab | Musim | Liga | Piala[nb 1] | Benua[nb 2] | Lain[nb 3] | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Grêmio | 2008 | 6 | 1 | 0 | 0 | — | 0 | 0 | 6 | 1 | |
2009 | 22 | 1 | 0 | 0 | 2 | 0 | 7 | 0 | 31 | 1 | |
Jumlah | 28 | 2 | 0 | 0 | 2 | 0 | 7 | 0 | 37 | 2 | |
Shakhtar Donetsk | 2009–10 | 13 | 5 | 0 | 0 | 2 | 0 | — | 15 | 5 | |
2010–11 | 27 | 5 | 1 | 0 | 10 | 2 | 1 | 0 | 39 | 7 | |
2011–12 | 27 | 6 | 1 | 0 | 5 | 0 | 1 | 0 | 34 | 6 | |
2012–13 | 27 | 5 | 1 | 0 | 5 | 1 | 1 | 1 | 34 | 7 | |
2013–14 | 27 | 4 | 1 | 1 | 8 | 2 | 1 | 0 | 37 | 7 | |
2014–15 | 20 | 4 | 4 | 0 | 8 | 1 | 0 | 0 | 32 | 5 | |
Jumlah | 141 | 29 | 8 | 1 | 38 | 6 | 4 | 1 | 191 | 37 | |
Bayern Munich | 2015–16 | 27 | 4 | 4 | 1 | 11 | 2 | 1 | 0 | 43 | 7 |
2016–17 | 23 | 4 | 2 | 1 | 9 | 2 | 0 | 0 | 34 | 7 | |
Jumlah | 50 | 8 | 6 | 2 | 20 | 4 | 1 | 0 | 77 | 14 | |
Juventus (pinjam) | 2017–18 | 31 | 4 | 5 | 2 | 10 | 0 | 1 | 0 | 47 | 6 |
Juventus | 2018–19 | 17 | 1 | 2 | 0 | 5 | 0 | 1 | 0 | 25 | 1 |
Jumlah | 48 | 5 | 7 | 2 | 15 | 0 | 2 | 0 | 72 | 7 | |
Jumlah kerjaya | 267 | 44 | 21 | 5 | 75 | 10 | 14 | 1 | 377 | 60 |
Pasukan kebangsaan Brazil | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
2014 | 2 | 0 |
2015 | 13 | 2 |
2016 | 4 | 1 |
2017 | 3 | 0 |
2018 | 9 | 0 |
Jumlah | 31 | 3 |
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
14 Jun 2015 | Temuco, Chile | Ecuador | Copa América 2015 | |||
17 November 2015 | Salvador, Brazil | Peru | Kelayakan Piala Dunia 2018 | |||
26 Mac 2016 | Recife, Brazil | Uruguay |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.